in

Cute LOL Love OMG Win WTF

10 Negara Dengan Jumlah Pelacur Paling Ramai Di Dunia, Malaysia Tersenarai

Mengejutkan! Sebuah laporan yang diterbitkan portal liveandinvestoverseas.com mendedahkan malaysia berada di tangga kelapan yang mempunyai bilangan pekerja seks paling ramai di dunia pada tahun 2013.

Malaysia tersenarai di tangga kelapan antara sepuluh negara di dunia yang mempunyai bilangan pekerja seks teramai untuk setiap 10,000 penduduk, lapor portal Liveandinvestoverseas.com.

Laporan yang dikeluarkan pada 2013 itu mendapati setiap tahun dianggarkan tiga juta orang mengembara menggunakan khidmat pelancongan untuk tujuan seks dan angka ini dijangka semakin meningkat.

Laporan itu juga turut mendedahkan terdapat lebih daripada 25 syarikat khidmat pelancongan seks terancang berpusat di Miami, New York, dan San Diego.

Berikut Adalah Sepuluh Negara Yang Mempunyai Bilangan Pekerja Seks Tertinggi Bagi Setiap 10,000 Orang:

10. Thailand

  • 45 pekerja seks setiap 10,000 orang

Pelacuran sebenarnya menyalahi undang-undang di Thailand tetapi ia boleh bertoleransi dengan masyarakat tempatan dan menjadi sebahagian perniagaan pelacuran yang dikawal selia.

9. Jerman

  • 49 pekerja seks setiap 10,000 orang

Tidak seperti negara Kesatuan Eropah lain, aktiviti pelacuran di jalanan yang tersebar luas dan teratur adalah sah di sisi undang-undang di Jerman.

8. Malaysia

  • 52 pekerja seks setiap 10,000 orang

Malaysia telah diletakkan Amerika Syarikat di dalam senarai hitam dalam kalangan negara yang mempunyai kes paling teruk isu permerdagangan manusia dan penyalahgunaan hak asasi manusia termasuk pelacuran kanak-kanak.

7. Brazil

  • 53 pekerja seks setiap 10,000 orang

Perkhidmatan pelacuran secara peribadi (seks untuk wang) di Brazil adalah sah di sisi undang-undang, tetapi ia menyalahi undang-undang untuk menjalankan perniagaan pelacuran atau mengambil pelacur dalam apa-apa bidang sekalipun.

6. China

  • 60 pekerja seks setiap 10,000 orang

Pelacuran adalah haram di China tetapi ia dianggarkan menyumbang sebanyak lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan negara itu.

5. Nigeria

  • 63 pekerja seks setiap 10,000 orang

Statistik terkini pasaran pelancongan seks untuk wanita dewasa dari negara barat yang bercerai semakin meningkat di Nigeria.

4. Filipina

  • 85 pekerja seks setiap 10,000 orang

Pelacur di negara ini memakai tag ID ‘bargirl’ di tempat awam dan sentiasa diuji dengan saringan STD.

3. Peru

  • 102 pekerja seks setiap 10,000 orang

Industri pelacuran di Peru juga adalah sah mengikut undang-undang untuk wanita berumur lebih 18 tahun jika mereka berdaftar dengan pihak berkuasa dan menunjukkan sijil kesihatan.

2. Korea Selatan

  • 110 pekerja seks setiap 10,000 orang

Bukan saja perkembangan ekonomi dan industri muzik berkembang di Korea Selatan malah industri seks juga dilihat terus meningkat meskipun terdapat sekatan undang-undang.

1. Venezuela

  • 119 pekerja seks setiap 10,000 orang

Keadaan ekonomi yang lemah di negara ini telah meningkatkan bilangan pelacur. Namun, hanya 20 peratus daripada pekerja seksual ini sebenarnya dilahirkan di Venezuela. Difahamkan, pelacuran di Venezuela adalah sah di sisi undang-undang dan dikawal selia.

Secara konklusinya, laporan pada 2013 itu menunjukkan bahawa dalam industri pelacuran, selagi ada permintaan di situ ada penawaran

Jika usaha pembanterasan tidak serius dilakukan oleh pihak berkuasa negara, dikhuatiri seluruh masyarakat dunia akan dibelenggu jangkitan wabak HIV/AIDS.

Walau bagaimanapun, kredibiliti laporan itu boleh dipertikai dari segi tidak ada sumber rujukan dan kaedah kiraan statistik amat meragukan.

Leave a Reply

Lelaki Berjambang Lebih Setia Dalam Percintaan

Tonton bagaimana jejaka Kelantan ini bercakap bahasa Korea dengan fasihnya