in

LOL Love OMG WTF

Cerita di sebalik shopping mall di selatan tanah air

Nama aku Yus. Aku seorang jurujual di sebuah shopping mall di Batu Pahat. Mall mana aku tak nak bagitahu. Nanti takut pula orang nak datang shopping. Kisah ini kisah benar dan berlaku depan mata aku, ada juga aku dengar dari mulut-mulut dari pekerja-pekerja shopping tersebut.

Dulu masa memula masuk kerja, promoter lain mesti cerita pasal hantu di Mall tersebut. Aku hanya mendengar. Ada yang bercerita bahawa dia tertinggal barang kat floor 2 waktu balik nak punchcard. Gigih naik balik dari groundfloor. Floor 2 da gelap semua suis lampu dah tutup. Masa kat floor 2 tiba-tiba komputer cashier hidup dengan sendirinya. Skrinnya ibarat tv rosak. Fuhh apa lagi dia terus lari turun balik. Nasib baik sempat ambil barang.

Cerita lain pula, seorang promoter terjumpa tapak kaki yang agak besar. Penuh dengan lumpur. Kau rasa ada ke orang pergi mall berkaki ayam lepas tu berlumpur. Tapak kaki tu ibarat main lari-lari. Padahal semalam sebelum balik kaunter bersih je. Benda ni berulang beberapa kali.

Ada juga bercerita bahawa dia terdengar bunyi guli mengalir dekat dalam stor. Biasa hari sekolah customer tak ramai. Jadi keadaan agak sunyi. Ketika itu dia beseorang di dalam stor. Dia kata dia dengar bunyi guli masa kira stok. Lepas tu dengar bunyi air mengalir. Tapi dia terus beranikan diri sebab bunyinya tak berapa menakutkan.

Dalam memberanikan diri terdengar pula perempuan mengilai. Siang hari pun mengilai. Suara tu dengar dari atas siling. Bulu romanya terus meremang. Lantas keluar dari stor dengan muka pucat. Selepas kejadian tu, nak kira stok mesti berteman. Untuk pengetahuan semua floor 2 tingkat atas sekali. Atas bumbung tempat letak kereta.

Aku hanya mendengar saja. Nak percaya memang tidaklah. Dalam hati “hmmm yelah tu”.

Ok kali ni aku yang alami sendiri masa raya cina hari tu. Time tu customer memang ramai. Biasalah time nak rayakan, aku pun kelam-kabut. Sampai lagi 10 minit nak tutup waktu perniagaan still ada customer. Time ni lah aku kene. Customer ni nak saiz kasut 9, stok ada dalam stor. Aku pun berlari masuk stor sebab nak cepat. Masa masuk stor aku ada bau sesuatu yang sangat busuk. Baunya macam bangkai. Menusuk hidung. Tapi aku gigih masuk ke arah belakang stor.

Last-last aku ternampak kelibat putih dari celahan-celahan rak. Kau tahu apa benda tu? Pocong kau tahu. Aku terus keluar cakap dengan customer saiz habis. Time tu memang aku berpeluh-peluh tambah semput sebab terkejut. Nasib baik dia customer last. Kalau tak memang takla aku nak masuk stor lagi time tu.

Itu jelah cerita yang aku dengar dekat Mall ni. Mall apa? Rahsia. Yang penting dia belum pernah kacau customer. Benda ni terjadi bila keadaan sunyi dan kau berseorangan.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

”Awak, Tolong Mata Saya Terkeluar”

Pengalaman Seram Doktor Sewaktu Melawat Sebuah Hospital Sakit Jiwa Di Johor