in

Anak Gadis Paul Walker Yang Tidak Dikenali Ramai, Kini Sudah Jadi Jelita Dan Dewasa

Berita bintang Fast & Furious, Paul Walker terbabit kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya pada November, 2013 yang lepas betul-betul mengejutkan peminat di seluruh dunia.

Pemergian Paul Walker memberi impak yang besar pada industri perfileman terutamanya, filem-filem yang pernah dibintangi beliau iaitu Fast & Furious 1,2,4,5 dan 6. Pemergian beliau juga telah meninggalkan seorang anak perempuan, Meadow Walker.

Meadow Walker yang sebelum ini dikhabarkan sangat terkesan selepas pemergian bapanya secara mengejut kini kembali tampil dengan wajah yang baru dan ceria, seolah-olah Meadow akhirnya telah redha dengan apa yang telah berlaku.

Gadis berusia 18 tahun ini kini tinggal bersama ibu kandungnya, Rebbeca Soteros dan membesar menjadi seorang gadis yang kelihatan matang dan sangat cantik. Jika Walker masih hidup, pasti dia berbangga memiliki anak secantik Meadow.

Waris tunggal

Meadow merupakan satu-satunya pewaris harta kekayaan milik Paul Walker iaitu aset bernilai 25 juta USD

Kemalangan ngeri

Bintang filem Fast & Furious ini dan rakannya Roger Rodas maut apabila kereta Porsche yang dipandunya terbabas melanggar pokok di California pada 30 November 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Niat Nak Rakam Suka-Suka, Sebaliknya Video Ini Dapat Perhatian 30 Juta Penonton

Rakan Sekampung Hilang Di Dalam Hutan Seharian, Rupanya Telah Ditelan Ular Sawa