in

Berdiri Kaku Selama 6 Jam, Wanita Ini Biar Orang Lakukan Apa Sahaja Pada Tubuhnya

Baru-baru ini, telah menjadi perhatian netizen tentang eksperimen sosial dilakukan oleh seorang artis dari Yugoslavia, Marina Abramovic.

Abramovic merupakan salah sorang artis teater yang terkemuka. Beliau telah berkecimpung dalam dunia teater ini sudah hampir 40 tahun. Banyak pertunjukan Abramovic yang telah dilakukan sebelum ini mendapat sambutan yang hangat. Salah satu dari pertunjukan beliau yang paling terkenal adalah social experiment ini yang dipanggil Rhythm 0.

Intipati pertunjukan ini cukup mudah, Abramovic akan berdiri kaku selama 6 jam. Orang-orang sekeliling dibenarkan untuk lakukan apa sahaja pada tubuh badan beliau. Disediakan juga 72 jenis barang (seperti gunting, pisau cukur, senjata api dll)  untuk digunakan pada Abramovic.

Apa yang berlaku selama 6 jam itu pada Abramovic amat menyedihkan. Ada saat dimana Abramovic hampir menangis. Macam-macam perbuatan telah dilakukan pada beliau, mahupun baik atau jahat. Di sini, kita boleh lihat pelbagai jenis manusia yang mempunyai ragam yang berbeza. Ada yang jenis muka baik, tapi perangai serupa iblis, dan ada juga muka pecah rumah tapi hanya mengenakan benda yang baik-baik sahaja pada Abramovic.

Lihat foto dibawah untuk lihat apa yang berlaku pada Abramovic sepanjang 6 jam tersebut:

Pada awalnya, Abramovic didekati jurukamera

Tidak lama kemudian, orang ramai dekati dan mula ambil barang di atas meja

Abramovic mula dimalukan orang ramai

Lelaki kanan sekali toreh leher Abramovic guna pisau cukur

Ada yang mula menggunakan senjata api terhadap beliau

Baju Abramovic dilucutkan, lalu menampakkan buah dada

Sudah badan Abramovic terdedah, diconteng pula dengan perkataan memalukan

Berikut dibawah, video temuduga bersama Abramovic tentang reaksi beliau sepanjang pertunjukan berdurasi 6 jam itu berjalan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

“Rambut Panjang, Kusut Masai” – Suami Isteri Kongsi Kisah Seram Diganggu Di Rumah Sewa Baru

Riveiera II, Cheras Dan 4 Lagi Bangunan Paling Seram Di Malaysia