in

“Rambut Panjang, Kusut Masai” – Suami Isteri Kongsi Kisah Seram Diganggu Di Rumah Sewa Baru

Kisah aku ni bermulanya aku dan suami perlu pindah ke Petaling Jaya atas urusan kerja. Suami aku dapat rumah sewa area Taman Medan dengan harga sewa yang berpatutan. Rumah sewa aku ni berdekatan dgn Pasaraya Matahari. So, senang la aku nk beli apa-apa kan. Jalan kaki pun boleh pergi pasaraya. Klinik Kerajaan Taman Medan pun dekat.

Masa pertama kali masuk rumah sewa ni,  aku dah mula rasa lain mcm. Mana tidaknya, aku siap jumpa kain putih lusuh berlumpur kering di dalam bilik tidur aku. Siap ada 2-3 helai rambut panjang terlekat di kain tu. Dalam hati aku ada la juga terdetik, “kain pontianak ke ni? Pontianak tukar baju dalam bilik ni ke?”. Aku gelak kecik dgn diri aku sendiri untuk alih perhatian perasaan aku yang lain macam ni. Tanpa banyak soal, aku terus campak kain tu dalam tong sampah luar rumah. Hari pertama aku di rumah, tiada apa-apa benda pelik berlaku.

Masuk hari kedua, dah jadi lain dah. Suami pergi kerja dan aku duduk bilik sambil main Candy Crush, tetiba dengar ada orang tengah mandi macam orang gila di bilik air dalam rumah aku bahagian ruang tamu. Dia punya jirus air tu mcm gelojoh sangat nak mandi. Tanpa berfikir lagi, air mata aku mengalir ketakutan, lantas aku capai phone untuk call suami. Suami suruh baca apa-apa yang patut. Bila bunyi orang mandi dah hilang, aku pi la tengok kt bilik air. Ya Allah, berus gigi aku dn suami betul-betul landing dalam lubang jamban duduk tu. Lepas tu ada najis di atas lantai. Aku cuci semua dan terus masuk bilik tak keluar-keluar.

Bukan itu saja, malam tu lagi teruk. Suami balik kerja nk makan nasi. Aku hidang nasi kt suami. Menjerit suami kata nasi basi dan bau hancing! Aku panik, macam mana boleh basi? Aku baru je masak nasi tu, masih panas lagi. Dah la basi, sekali pakej hancing pulak tu. Suami aku bangun, terus pergi azan dekat tengah2 rumah. Habis je suami azan, ada suara sayup-sayup turut ikut azan, suara tu datang dari sebuah bilik kosong yang pintunya bertutup. Benda tu azan main-main, gelak-gelak dan ianya sangat menyeramkan dan ngeri. Gigil tangan dibuatnya, first time aku berdepan dengan benda-benda aneh macam ni. Suami terus tendang pintu bilik tu sampai terbukak! Nyalakan lampu, tapi takde apa-apa pulak. Tapi bilik tersebut berbau hanyir dan busuk macam ada bangkai.

Tanpa banyak ckp, suami pun dah bengang lalu terus call owner rumah. Mengadu pasal benda ni. Senang je jawapan si owner, dia kata itu masalah peribadi penyewa. Lepas tutup call, dah takde apa-apa gangguan dah. Tapi masa pukul 1 pagi, ada benda ketuk pintu belakang dapur mcm nak pecah. Ketuk bertalu-talu macam pencegah maksiat nak sergah bilik. Kuat sangat, suami terkejut sampai tergolek jatuh katil. Aku menangis takut ya amat sangat, suami jerit smpai nak terkeluar anak tekak barulah benda tu diam. Kami tidur sambil pasang ayat-ayat suci Al-Quran kat phone. Gangguan tiada sampai ke pagi.

Besok bangun, ada kesan-kesan lebam di peha dan perut. Aku takut duduk rumah sorang-sorang, aku nak ikut suami pi kerja, suami kata jgn takut dgn benda tu nanti dia lg suka. Aku beranikan diri duduk sorang-sorang di rumah. Tiba waktu petang bila suami balik, suami tetiba tanya, “awk bermantera apa dgn saya ni?”.  Aku tak paham dan tanya suami balik, “mantera apa bang?”. Suami suruh tgk whatsapp. Aku on whatsapp, gila betul, aku ada hantar chat mentera kt suami aku dlm whtsapp.

Manteranya berbunyi,
“terbang melayang2, ada didahan, Xxxxxxxxxxxxxxx……………..

Berderau darah aku baca, takkan hantu setan pandai pakai whtsapp pulak? Pandai main teknologi? Aku cakap kt suami bukan aku yg hantar, suami aku diam je masuk rumah. Suami kata kita buat tak layan je, nanti benda tu tak kacau la. Nak cari rumah sewa lain mmg dh takde duit dah. Lps makan semua, malam tu lagi dahsyat, benda tu dah mula main bakar-bakar pulak.

Mana tidaknya, beg duit suami terbakar, habis duit, I/C dn kad bank semua hangus. Memang seram campur sakit hati. First time tgok suami menangis. Belum reda lagi kes terbakar ni, tetiba semua frame gambar kahwin aku dgn suami semua tiba-retak retak secara serentak. Lepastu terdengar bunyi benda mengilai kt ruang tamu punyalah nyaring dan kalau korang dengar, fuh, mesti terkencing sebab lain macam dia punya mengilai. Suami tak tahan, suami call ustaz yg dia kenal mintak tolong datang kerumah. Ustaz tu kata, “saya dekat Kuantan, Pahang ni.”

Lepas je ustaz ckp mcm tu, ada satu suara garau ckp dekat depan pintu bilik aku mcm ni, “Di Kuantan ya? Hihihihi.” Suami aku terus bukak pintu luas2 dan ckp, “jgn kacau la setan!”, sbb benda tu dh berani mendekat dan bsuara. Lpstu suami sambung ckp dgn ustaz, “ustaz dgr tadi?”. Ustaz tu tak jwb tapi dia baca sesuatu, dlm beberapa saat, ustaz tu suruh suami azan disetiap penjuru bilik.

Pada esok hari aku bangun tak tahu macam mana, aku ada di bilik air, suami angkat aku masuk bilik. Suami tak kerja, ponteng. Aku dah macam org tak betul dah asyik ketakutan. Aku paksa suami cari rumah sewa lain. Suami duduk termenung diam je. Pagi tu aku ikut suami beli nasi lemak kt luar naik motor. Balik je rumah, bukak pintu, ada 2 ekor burung gagak terbang dlm rumah, terkejut betul aku. Dengan ada najis lagi dekat atas meja makan. Hilang selera makan aku. Suami tampar meja dgn tangan sambil ckp, “melampau la ni!”. Suami suruh kemas barang nak blah. Suami ckp rumah ni puaka tahap gila. Aku tanpa berlengah terus kemas baju. Masa aku tgh kemas baju, terdengar ada benda tgh pung pang pung pang masak kt dapur. Aku terus pergi tgok. Alangkah terkejutnya aku tengok ada pontianak dengan rambut panjang sampai ke pinggang, rambut kusut masai tutup muka. Pakai kain putih lusuh yg aku buang sebelum ni.

Selamba je diri dekat dapur mcm patung smbil dua tangan letak kt perut (mcm org tgh solat). Bende tak guna tu pandang aku. Lutut aku goyang, memang goyang sgt tak tipu. Mulut aku terkunci, kaki pun tak boleh jalan. Serious aku tak pernah nampak benda-benda ghaib sebelum ini. Terdetik dlm hati aku adakah kita boleh lihat mahkluk ghaib sejelas ini?! Pagi pulak tu. Nk panggil suami tak boleh, mulut terkunci habis! Aku ingat dlm filem je bentuk pontianak mcm ni, rupanya realiti pun sama. Lps terketar-ketar sambil menangis, aku pengsan. Sedar-sedar aku dah ada kt pusat rawatan Islam.

Sekarang aku dan suami tinggalkan rumah berpuaka tu. Kami cari rumah sewa yg baru. Kami dapat rumah flat dkt Taman Desa Perangsang jln PJS 3/52. Kedai runcit Aceh pun dpn rumah je. Kt sini Alhamdulillah ok je. Cuma satu je yg pelik, masa hari first masuk rumah sewa baru ni. Aku ternampak kain putih lusuh baik je landing atas lantai rumah flat aku ni, bila aku pandang kali kedua, hilang la pulak. Maybe khayalan aku je kot sbb still trauma. Tapi yg penting, gangguan yg menimpa kluarga kecil ku sbelum ni sudah tiada. Tenang jiwa rasa. Bye-bye semua, salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Penduduk Aoshima Tanam Catnip Untuk Halau Nyamuk, Sebaliknya Ini Pula Terjadi

Berdiri Kaku Selama 6 Jam, Wanita Ini Biar Orang Lakukan Apa Sahaja Pada Tubuhnya