in

Tutup Aurat Peminat Wanita Sebelum ‘Upload’ Ke Instagram, Tindakan Artis Muda Ini Patut Dipuji

Nama Haqiem Rusli mungkin tidak pernah didengari ramai sebelum ini. Namun, tindakan penyanyi muda ini yang memuliakan aurat peminat-peminat wanitanya telah menjadikan namanya disebut-sebut netizen.

Haqiem Rusli yang baru-baru ini telah mengadakan sebuah persembahan di Batu Pahat telah mengambil kesempatan untuk bergambar dengan peminat-peminatnya yang terdiri daripada golongan wanita.

Apa yang menariknya adalah bila Haqiem Rusli telah bertindak untuk menutup aurat kesemua gambar peminat wanita beliau sebelum dimuat naik ke laman Instagram beliau mendapat pujian netizen. Gambar-gambar itu telah diedit oleh boleh beliau sendiri bagi memastikan aurat peminatnya tidak kelihatan di situ.

Tindakan beliau ini seterusnya mendapat pujian netizen yang rata-ratanya kagum dengan sensitiviti beliau terhadap perkara ini dan sanggup meluangkan masa untuk mengedit dan menutup aurat peminat-peminat wanita beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

“Cara Mudah Cari Berlian Ialah Di Bawah Pokok Pandan” – Ahli Geologi

Ron, ‘Jururawat’ Yang Mampu Menenangkan Haiwan Lain