in

Cute Love WTF

12 Inovasi Makanan Yang Bijak Ini Mampu Mudahkan Kehidupan Harian Kita

Jika dibandingkan zaman dahulu, banyak idea dan inovasi yang kini telah menjadi kenyataan. Kebanyakan inovasi teknologi ini banyak membantu kehidupan harian kita. Misalnya, telefon pintar yang menggabungkan penggunaan telefon, kamera, kalkulator, dan komputer.

Namun, inovasi teknologi terhadap makanan masih kebelakang. Ini bukan bermaksud teknologi makanan tidak berkembang, tetapi masih banyak lagi hasil ciptaan yang belum cukup memudahkan kehidupan harian kita semua.

OMM telah mengumpulkan beberapa idea inovasi baru yang dihasilkan, namun idea ini masih belum cukup komersil. Ini antara 12 idea inovasi tersebut:

1. Dengan pemegang botol sos terbalik ini, kita tidak perlu goncang botol berkali-kali untuk keluarkan isinya.

2. Kanta pembesar yang dipasangkan pada setiap trolley ini memudahkan orang yang rabun untuk baca label barang

3. Gabungan Garfu dan chopstick ini akan banyak memudahkan penggemar sushi dan makanan Cina

4. Microwave yang mempunyai pengesan bar-code yang akan tentukan tempoh makanan untuk dipanaskan

5. Gabungan sudu, garfu dan pencungkil gigi. Semua dalam satu

6. Microwave yang mempunyai pilihan mute, supaya tidak mengganggu orang lain semasa panaskan makanan

7. Kerepek kentang seperti Mister Potato ini disediakan batang khas, supaya tangan tidak kotor

8. Laci untuk simpan telefon bimbit supaya selamat dari terkena tumpah makanan

9. Pelekat pada buah yang membantu kita untuk kenal pasti tempoh masak sesuatu buah

10. Ais batu yang diperbuat dari air Coke bagi mengelakkan air tersebut menjadi tawar

11. Terdapat lubang-lubang kecil pada bekas mi goreng segera tujuan untuk menapis air

12. Meja ini mempunyai fungsi tempat duduk khusus untuk kanak-kanak

 

Leave a Reply

Padah Jadi Orang Ketiga, Gadis Teruk Dibelasah Isteri Kekasih dan Geng

Terhantuk Kepala Di Kolam, Disangkakan Hilang Ingatan Sebaliknya Ini Yang Terjadi