in

16 Permintaan Terakhir Yang Menyentuh Hati, Sebelum Mereka Ini Temui Ajal

Kita semua harus terima kenyataan, yang semua manusia pasti mati. Kematian itu sendiri adalah misteri, kita tidak dapat jangkakan bila ajal kita akan tiba. Namun, ada juga sesetengah manusia yang sudah ketahui bila ajal mereka, terutamanya mereka yang sedang menghidap penyakit kritikal.

16 individu ini telah ketahui ajal mereka akan tiba tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, mereka tidak ingin membuang masa dengan bersedih mengenangkan nasib malang yang menimpa mereka. Oleh itu, individu-individu ini telah membuat satu permintaan terakhir untuk dipenuhi sebelum mereka temui ajal.

 

1. Elena penghidap kanser otak, telah menyimpan beratus surat cinta di rumah dan minta ibubapanya baca surat tersebut setelah Elena meninggal dunia

 

2. Chen, yang menghidap penyakit barah otak telah meminta doktor untuk dermakan buah pinggang Chen kepada ibunya yang kerosakan buah pinggang

 

3. Hajat terakhir seorang bapa yang sedang tenat ini untuk menghadiri hari graduasi anaknya telah tercapai

 

4. Hajat nenek ini dipenuhi, untuk bertemu dengan kucing kesayangannya

 

5. Hajat wanita yang sedang tenat ini untuk menari bersama suaminya sambil memainkan muzik kali pertama mereka bertemu

 

6. Kanak-kanak ini ingin bertemu dengan adiknya buat kali pertama dan terakhir.

 

7. Riak wajah wanita warga emas ini begitu gembira sekali apabila hajatnya untuk ke pantai dipenuhi

 

8. Hajat terakhir lelaki ini untuk bertemu dengan kuda kesayangannya. Kuda tersebut juga kelihatan sedih

 

9. Hajat terakhir seorang anak yang menghidap kanser untuk memegang tangan ayahnya yang sedang tenat

 

10. Hasrat seorang ayah ini yang sedang mencari keluarga angkat untuk menjaga anaknya akhirnya tercapai

 

11. Permintaan lelaki ini untuk bertemu dengan anjing kesayangannya buat kali terakhir tercapai

 

12. Seorang bekas jurutera askar perang dunia kedua,  ingin melihat jet pejuang kesayangan beliau untuk kali terakhir

 

13. Hasrat kanak-kanak perempuan yang berusia 5 tahun ini untuk ‘kahwini’ kawan rapatnya tercapai hanya untuk beberapa ketika

 

14. Permintaan terakhir sepasang suami isteri ini untuk mati bersama-sama telah tercapai

 

15. Wanita ini minta anak-anak kucingnya untuk diseludup ke dalam hospital. Pemergian wanita ini ditemani oleh anak-anak kucing kesayangannya ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Viral Kemalangan Pelik ‘Kereta Hantu’

Hanya Muat Naik Gambar Mereka Di Instagram, Pasangan Ini Mampu Raih Keuntungan Hampir RM40,000