in ,

Terhantuk Kepala Di Kolam, Disangkakan Hilang Ingatan Sebaliknya Ini Yang Terjadi

Tidak dinafikan, ada segelintir individu yang memiliki bakat semulajadi sejak lahir lagi. Namun begitu, bakat-bakat ini perlu diasah terlebih dahulu untuk menguasai bakat tersebut.

Tapi, sebaliknya ini yang terjadi pada seorang lelaki bernama Derek Amato. Derek Amato mampu bermain piano setaraf dengan pemain professional sejak dari insiden kemalangan di kolam renang. Menurut Derek, kepalanya terhantuk di lantai kolam cetek yang disangkakan dalam. Kemalangan ini telah menyebabkan berlakunya gegaran otak sekali gus mengganggu pendengaran dan menghilangkan ingatan Derek seketika.

Beberapa hari kemudian setelah Derek beransur pulih, secara tiba-tiba Derek berasa ingin bermain piano buat pertama kali dalam hidupnya. Lebih menarik lagi, Derek mampu memahami not-not muzik yang tidak pernah dipelajari beliau sebelum ini. Sejak dari hari itu, bermain piano menjadi hobi beliau.

“Sambil menutup mata, saya mampu melihat imej struktur hitam dan putih bergerak dari kiri ke kanan. Imej tersebut memaparkan not-not muzik yang berterusan”.

 

Video dibawah ini, dokumentari tentang pengalaman Derek selepas insiden kemalangan yang menjadikan dia seorang pemain piano yang genius:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

12 Inovasi Makanan Yang Bijak Ini Mampu Mudahkan Kehidupan Harian Kita

Ketahui 8 Kesilapan Yang Selalu Dilakukan Ketika Memasak