in

Cute LOL Love OMG Win WTF

8 Filem Terkenal Ini Pernah Diharamkan Di Malaysia

Tahukah anda Lembaga Penapisan Filem di Malaysia ditubuhkan pada tahun 1908? Pada masa itu, pihak polis diberi kuasa untuk menentukan kesesuaian adegan dalam sesuatu filem.

Sejak dari itu, LPFM telah menetapkan beberapa garis panduan kepada semua filem-filem sebelum ditayangkan ke pawagam sehingga sekarang. Antara syarat utama yang paling dikehendaki adalah filem tersebut bebas dari elemen sex, propaganda, amalan syirik dan juga adegan-adegan yang terlalu ngeri.

Berikut merupakan 7 filem yang pernah mendapat rating tinggi, tetapi diharamkan untuk ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia kerana tidak mengikuti garis panduan yang ditetapkan:

1. Fifty Shades Of Grey (2011)

Filem ini dipetik daripada sebuah novel popular Fifty Shades Of Grey dan sudah dijangka dari awal tidak dapat ditayangkan di Malaysia. Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu sarat elemen pornografi.

2. Sex Tape (2014)

Filem ini adalah filem kedua berunsur seks yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. Rata-rata tidak terkejut tentang pengharaman filem ini kerana judul filem sendiri pun awal-awal lagi mengisahkan tentang cerita seks, maka tidak hairanlah ia diharamkan.

3. The Raid 2: Berandal (2014)

Jika sebelum ini filem pertama garapan Gareth Evans The Raid: Redemption pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk sekuel kedua ini iaitu The Raid 2: Berandal telah diharamkan dari tayangan di Malaysia. Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang dibintangi Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas.

4. The Wolf of Wall Street (2013)

Filem yang dibintangi pelakon hebat Leonardo DiCaprio ini diharamkan ditayangkan di Malaysia kerana terdapat unsur lucah, babak bogel dan seks. Tambahan pula, filem arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan lucah ‘F**K’ paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem itu atau 2.81 kali seminit.

5. I Spit On Your Grave (2010)

Filem ini mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya. Bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya Singapura, Thailand, China dan New Zealand atas alasan filem ini mengeksploitasi golongan wanita.

6. Noah (2014)

Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

7. Dukun (2007)

Filem seram tempatan Dukun arahan pengarah hebat Dain Said ini sememangnya dinanti-nanti oleh ramai pada tahun 2007 yang lalu. Dukun merupakan filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengamal ilmu hitam. Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.

8. Banglasia (2013)

Filem yang diarahkan oleh pengarah kontroversi Namewee ini sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari 2014, namun filem “Banglasia” telah diharamkan dari ditayangkan di Malaysia dikecam hebat oleh LPF dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses mendapatkan kelulusan filem itu.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Tuah Muka Iras Selena Gomez, Gadis Sabah Jadi Rebutan TV Dan Syarikat Pengiklanan

14 Perkataan Ini Bukti Jarak Diantara Huruf Main Peranan Penting