in

Setuju Atau Tidak, 6 Tabiat Jijik Ini Disukai Orang Ramai

Mesti ramai yang tidak sedar sewaktu kita bersendiran, pastinya ada perangai jijik yang akan kita lakukan tanpa sengaja. Mungkin, perangai seperti ini sudah menjadi tabiat. Namun, bukan semua tabiat itu menjijikkan. Mungkin bila ketiadaan orang, kita akan buka muzik dengan bunyi yang kuat atau menyanyi seorang diri.

Tetapi, kali ini kami telah kumpulkan beberapa tabiat buruk yang biasa dilakukan oleh orang ramai.

Walaupun ia nampak seperti kotor dan jijik, namun tabiat ini mampu berikan kita kepuasan walaupun sebentar.

1. Korek hidung

Majoriti ramai yang sudah terbiasa dengan tabiat ini. Tapi, kebanyakan orang akan cuba melakukan secara sembunyi kerana tabiat mengorek hidung antara tabiat yang paling memalukan.

2. Mencabut dan mengumpul bulu hidung

Sepedih-pedih cabut bulu hidung, puas lagi melihat bulu tersebut dicabut dan terkumpul.

3. Kumpul tahi telinga

Tabiat ini biasa dilakukan oleh orang yang mempunyai tahi telinga yang kering. Mengumpul tahi telinga ini menambahkan lagi kepuasan selepas telinga dikorek dengan menggunakan cotton buds.

4. Kikis kulit kering bibir

Tabiat kegemaran orang yang mempunyai masalah bibir kering. Kulit bibir kering yang merekah membuatkan orang akan merasa rimas. Ini yang membuatkan seseorang itu mengikis-ngikis kulit kering tersebut sehingga tabiat ini menjadi amalan.

5. Garu kepala hingga keluar kelemumur

Tabiat ini biasanya dilakukan oleh orang yang mempunyai masalah kelemumur. Apa yang mereka buat, mereka akan garu kulit kepala sehingga kelemumur jatuh dengan banyak seperti salji.

6. Kikis dan kumpul habuk tapak kaki

Bukan semua orang mempunyai masalah kaki yang terlalu kering sebegini. Biasa bila tapak kaki terlalu kering, sel-sel kulit tapak kaki tersebut akan mereput dan menyebabkan rekahan. Biasanya, orang akan gunakan pengikis yang khas untuk tapak kaki, habuknya akan jadi lebih halus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ramai Yang Tahu Lagu Ini, Tapi Tidak Kenal Siapa Penyanyinya

Tuah Muka Iras Selena Gomez, Gadis Sabah Jadi Rebutan TV Dan Syarikat Pengiklanan