in

9 Wanita Muslim Yang Paling Cantik Dan Kaya Di Dunia

Bertuah, itu yang mampu diungkapkan dengan wanita-wanita yang memiliki pakej rupa yang cantik serta kaya raya. Mereka ini diibaratkan seperti puteri-puteri kisah dongeng yang menjadi impian kebanyakan perempuan.

Ada sebahagian yang lahir daripada golongan diraja dan ada sebahagian yang lahir daripada golongan bawahan. Malah ada juga dikalangan wanita yang bergelar ‘puteri-puteri kisah dongeng’ ini yang beragama Islam.

Berikut adalah 10 wanita Muslim yang terkaya dan tercantik di dunia :

1. Sheikha Mozah (Qatar)

Sheikha Mozah merupakan isteri yang kedua kepada Syekh Hamad bin Khalifa Al Thani, bekas Pemerintah Qatar.

Dianggarkan, harta dan aset yang dimiliki oleh Syekh Hamad adalah RM389 billion.

2. Paduka Seri Pengiran Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah (Brunei)

Hajah Majeedah merupakan puteri kedua dan anak keempat dari Sultan Brunei Hassanal Bolkiah. Dianggarkan nilai harta yang dimiliki oleh keluarga beliau lebih kurang RM100 billion.

3. Raja Permaisuri Sultanah Nur Zahirah (Malaysia)

Sultanah Nur Zahirah binti Adil Bakeri atau nama sebenar baginda ialah Siti Rozita binti Adil Bakeri. Baginda merupakan isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin, Yang Dipertuan Agong Malaysia yang ke 8. Dianggarkan harta yang dimiliki oleh baginda sekeluarga lebih kurang RM70 billion.

4. Raja Permaisuri Fathima Kulsum Zohar Godabari (Arab Saudi)

Baginda merupakan isteri kepada Raja Arab Saudi. Seperti yang kita tahu, negara Arab Saudi merupakan negara pengeluar minyak petroleum yang terbanyak di dunia. Namun, nilai aset yang dimiliki oleh baginda sekeluarga sehingga kini masih tidak diketahui.

5. Sheikha Hanadi bint Nasser Al Thani (Qatar)

Sheikha Hanadi bukanlah seorang puteri. Beliau merupakan seorang usahawan yang paling sukses di negara Qatar dengan memiliki aset lebih kurang RM60 billion.

6. Sheikha Maitha bint Mohammed bin Rashid Al Maktoum (Dubai)

Sheikha Maitha merupakan anak kepada Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Anggaran aset dimiliki keluarga beliau lebih kurang RM160 billion.

7. Puteri Lalla Salma (Morocco)

Puteri Lalla Salma merupakan Isteri kepada Raja Morocco, Raja Mohammed VI. Anggaran aset baginda sekeluarga bernilai hampir RM10 billion.

8. Permaisuri Rania (Jordan)

Permasuri Rania merupakan isteri kepada Raja Jordan, Raja Abdullah II. Selain dari memiliki wajah yang menawan, baginda juga merupakan instaceleb yang mempunyai hampir 2 juta pengikut di laman Instagramnya. Anggaran aset yang dimiliki oleh baginda sekeluarga bernilai  RM130 billion.

9. Puteri Ameerah Al Taweel (Saudi Arabia)

Puteri Ameerah Al Taweel merupakan isteri kepada Putera Arab Saudi, Al Waleed yang juga merupakan seorang usahawan. Menurut laporan Forbes, aset yang dimiliki oleh beliau lebih kurang RM100 biliion.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Adik Beradik Ambil Gambar Yang Sama Selama 40 Tahun, Sehinggalah…

Transformasi Wanita Berbadan Gempal Ini Menarik Perhatian Ramai Orang