in

Ambil Gambar Posisi Yang Sama Selama 22 Tahun, Keluarga Ini Cipta Memori Terindah

Keluarga merupakan anugerah yang tidak ternilai dalam kehidupan kita. Keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam menjadi tulang belakang yang menyokong kita untuk ke peringkat di mana kita ada sekarang.

Oleh kerana itu, pasangan suami isteri ini memutuskan untuk merakam perjalanan hidup bersama anak mereka selama 21 tahun sebagai sebuah kenangan yang paling manis. Setiap tahun, mereka akan merakam gambar dengan berdiri diposisi yang sama untuk menghasilkan kronografi gambar perjalanan keluarga mereka tersebut.

Gambar-gambar ini kemudiannya didokumetasi dan dimuatnaik ke media sosial oleh jurugambar mereka. Namun, gambar-gambar tersebut telah mendapat perhatian daripada netizen. Rata-rata memberikan reaksi yang positif.

1990

Pasangan tersebut baru menerima cahaya pertama.

1991

Anak mereka sudah berusia setahun dan boleh berjalan.

1992

Kali ini, mereka mengenakan tradisi berkaki ayam.

1993

Anak lelaki mereka tidak memakai baju ketika sedang bergambar.

1994

Masing-masing kelihatan sudah berisi

1995

Mereka telah ubah cara bergambar dengan menunjuk wajah yang lebih ceria

1996

Anak lelaki kelihatan semakin berisi

1997

Kembali dengan tradisi berkaki ayam, rambut anak mereka pun berubah.

1998

Kini, si ayah sudah mula nampak tua dan mula memakai kaca mata

1999

Anak lelaki tersebut kelihatan semakin kurus

2000

Kini, anaknya sudah pandai berfesyen.

2001

Fesyen masing-masing berubah, kecuali si bapa.

2002

Saiz badan anak lelaki hampir sama dengan bapanya.

2003

Kelihatan anak lelaki sudah sama tinggi dengan ibunya

2004

Kini sama tinggi pula dengan ayahnya!

2005

Wajah anak lelaki semakin mirip dengan bapanya

2006

Anak lelaki mereka mengenakan fesyen rambut panjang

2007

Wajahnya anak lelaki mereka yang lebih matang dan berjambang

2008

Ibunya kembali dengan fesyen lama setelah hampir 18 tahun

2009

Wajah pasangan suami isteri kini nampak semakin berusia, rambut anak mereka pula kembali kemas.

2010

Suami isteri kini sudah tua, manakala anaknya pula sudah berkaca mata.

2011

20 tahun sudah berlalu dan banyak perubahan yang boleh dilihat. Kini anak lelaki yang dulunya seorang bayi, kini sudah dewasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Transformasi Wanita Berbadan Gempal Ini Menarik Perhatian Ramai Orang

6 Wanita Warga Emas Yang Paling Hot Di Dunia