in

Cute LOL Love OMG Win WTF

Transformasi Wanita Berbadan Gempal Ini Menarik Perhatian Ramai Orang

Memiliki tubuh yang cantik lagi langsing menjadi dambaan para wanita. Biasanya banyak wanita yang merasa dirinya gemuk rela diet habis-habisan untuk mendapatkan tubuh yang mereka impikan, tapi sayangnya ramai yang gagal.

Sebuah cabaran kuruskan badan telah menjadi trend baru-baru ini di laman Facebook. Cabaran tersebut mewajibkan para peserta memuatnaik gambar mereka selama 5 tahun bermula dari tahun 2012. Cara ini bagi memudahkan semua peserta membandingkan rupa tubuh badan mereka setiap tahun.

Sepanjang 5 tahun cabaran kuruskan badan itu berjalan, sebahagian besar daripada peserta cabaran tersebut masih tidak menunjukkan sebarang perubahan. Namun sebaliknya, perubahan yang sangat ketara telah ditunjukkan oleh salah sorang peserta wanita yang berasal dari Filipina.

Wanita yang bernama Rizza Jane Robles Paragas ini mempunyai masalah berat badan sejak lahir lagi. Kini, beliau berjaya atasi masalah tersebut dengan menurunkan berat badan daripada 100kg sehingga 70kg.

Dengan memiliki wajah baru yang jelita dan seksi, Rizza menjadi perbualan yang hangat di kalangan netizen.  Lihat foto-foto transformasi Rizza di bawah:

Peringkat awal cabaran bermula

Setelah cabaran tersebut berakhir selepas 5 tahun

Perubahan ketara Rizza ini memberikan inspirasi pada orang ramai. Menurutnya, bukan mudah untuk mulakan perubahan, kerana banyak perkara yang perlu dikorbankan. Tapi bila dapat lihat hasilnya, semua pengorbanan itu sangat berbaloi.

Leave a Reply

9 Wanita Muslim Yang Paling Cantik Dan Kaya Di Dunia

Ambil Gambar Posisi Yang Sama Selama 22 Tahun, Keluarga Ini Cipta Memori Terindah