in

Cute LOL Love OMG Win WTF

6 Wanita Warga Emas Yang Paling Hot Di Dunia

Perkataan nenek atau warga emas sering disinonimkan dengan wanita yang rambut beruban, kulit yang berkedut, malah ada juga yang tiada gigi.

Namun, hal yang sebaliknya berlaku pada 6 wanita warga emas ini. Walaupun usia sudah melebihi separuh abad, tetapi tubuh badan mereka ini tidak ubah seperti anak dara yang berusia 20an.

1. Michelle Yim

Wanita yang berasal dari China ini sudah berusia 58 tahun. Kecantikan warga emas ini mula jadi hebohan orang ramai sejak beliau memuatnaikkan gambarnya di media sosial yang sedang bersantai di kolam renang dengan memakai baju renang.

Menurut Michelle, beliau sentiasa bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat merupakan rahsia utamanya untuk sentiasa kekal cantik dan muda.

2. Liu Xiaoqing

Liu Xiaoqing merupakan salah seorang artis yang terkenal di China. Nama Liu sudah tidak asing lagi di negara tersebut kerana rupa beliau yang kekal cantik dan sering berlakon dalam filem-filem yang popular.

3. Masako Mizutani

Ramai yang tidak menyangkakan wanita yang berasal dari Jepun ini sudah berusia 50 tahun. Malah, Masako masih lagi menjadi kegilaan para lelaki kerana wajahnya yang seperti wanita berusia 20an.

Menurut Masako, beliau menjalani rawatan sebanyak lima kali sehari dan mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mengekalkan kejelitaannya.

4. Elle Macpherson

Selain dari terkenal dengan wajahnya yang kekal muda walau usianya telah menginjak 53 tahun, model yang berasal dari Australia ini juga pernah digelar The Body kerana memiliki tubuh badan yang seksi dan ideal.

Menurut Ella, petua yang diamalkan oleh beliau sejak dari dulu lagi adalah sentiasa ketawa dan mengamalkan tidur yang cukup.

5. Apasra Hongsakula

Apasra Hongsakula pernah dinobatkan sebagai Miss Universe pada tahun 1965. Tidak hairanlah bagaimana wanita yang berasal dari Thailand ini mampu mengekalkan wajahnya yang jelita itu.

Kini Apasra sudah memasuki usia 68 tahun. Macam tak percayakan?

6. Candi Law

Candi Law merupakan seorang model yang terkenal yang berasal dari Hong Kong. Walaupun usia sudah menghampiri 50 tahun, namun beliau masih lagi giat aktif dalam bidang permodelan.

 

Leave a Reply

Ambil Gambar Posisi Yang Sama Selama 22 Tahun, Keluarga Ini Cipta Memori Terindah

Gara-Gara Tertelan Bateri Lithium, Kanak-Kanak Ini Hampir Mati