in

Gara-Gara Tertelan Bateri Lithium, Kanak-Kanak Ini Hampir Mati

Adalah perkara biasa bagi anak-anak kecil yang mempunyai sifat ingin tahu dengan cuba memegang dan menggigit apa sahaja objek yang ada di depan mata mereka. Maklumlah, dunia ini masih baru untuk mereka.

Oleh itu, ibu bapa harus ambil perhatian tentang perkara ini, kerana OMM tidak mahu insiden yang berlaku pada seorang kanak-kanak di England baru-baru ini terjadi pada anak-anak anda.

Kacie Barradel, ¬†berusia 2 tahun terpaksa menjalani pembedahan kerana tertelan bateri jenis lithium di rumahnya. Hal ini terjadi kerana bateri lithium itu telah menyebabkan ‘chemical corrosive burn’ pada saluran esofagus kanak-kanak tersebut.

Perkara ini disedari oleh ibubapanya setelah Kacie mengalami muntah-muntah dan cirit birit dalam tempoh yang lama. Menurut doktor yang merawatnya, Kacie perlu menjalani pembedahan dengan segera kerana keadaan akan menjadi parah selagi bateri tersebut masih tidak dikeluarkan.

Kacie terpaksa memakai alat bantuan penafasan

Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut dilaporkan selamat setelah menjalani pembedahan selama enam jam.

Dibawah, sebuah rakaman eksperimen yang menunjukkan bagaimana bateri lithium boleh menyebabkan kematian.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

6 Wanita Warga Emas Yang Paling Hot Di Dunia

Cucu Ubah Sikap Pemarah Atuknya Dengan Cara Paling ‘Sweet’