in

10 Makanan Eksotik Yang Paling Pelik Di Dunia

Jika korang beranggapan bahawa makanan-makanan di Malaysia seperti durian, sup ekor, sup torpedo, sup lidah dan sebagainya sudah pelik dan jijik, cuba korang lihat 12 jenis makanan dari serata dunia ini pula. Bukan setakat bau, tengok gambar pun sudah meloyakan tekak.

1. Smoothie Katak

Katak yang telah diasingkan kulit kemudian dikisar, menjadi minuman smoothie yang menyegarkan di Lima, Peru.

2. Telur Rebus Air Kencing

Telur-telur ini telah direbus dengan menggunakan air kencing kanak-kanak, yang akan dihidangkan oleh penduduk Dongyang, China semasa musim perayaan.

3. Patty Ular Tedung

Sebuah restoran Cina ni Yogyakarta menghidangkan burger yang menggunakan daging ular. Dikatakan, daging ular ini mampu ubati penyakit asma.

4. Puding Darah

Puding darah yang diperbuat daripada darah itik atau babi ini menjadi pencuci mulut kegemaran sesetengah etnik di Vietnam.

5. Tarantula Goreng

Di Kemboja, tarantula goreng dijadikan sebagai makanan ringan atau snek. Katanya, rasa tarantula ini tak ubah seperti daging ayam.

6. Sosej Darah

Sosej ini yang dikenali dengan nama Black Pudding di UK, Boudin di Perancis dan Blutwurst di Jerman. Sosej ini biasanya dibuat daripada darah haiwan yang baru dipotong, terutamanya babi.

7. Sperma Ikan Kod

Di Jepun, hidangan sperma ikan kod ini dimakan secara mentah. Walau nama hidangan ini menjijikkan, namun rupa sperma ikan kod ini seakan-akan seperti telur ikan.

8. Anjing Panggang

Anjing panggang merupakan salah satu makanan warga di Tanah Minahasa di Sulawesi Utara. Kata mereka, daging anjing ini lebih sedap berbanding daging babi.

9. Rocky Mountain Oyster

Hidangan yang diperbuat daripada buah zakar lembu, babi atau biri-biri. Makanan istimewa ini  dihidangkan sebagai pembuka selera kebanyakan hotel-hotel mewah di Amerika Syarikat.

10. Belalang Goreng

Belalang goreng ini merupakan snek ringan bagi penduduk Thailand. Katanya, rasa belakang goreng ini seperti bertih jagung atau Popcorn.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 Gambar Dulu Dan Kini Haiwan Ini, Pasti Membuatkan Korang Terhibur

Rakaman Kamera Tertutup Ini Dedahkan Sindiket Penipuan Peminta Sedekah