in

Cute LOL Love OMG Win WTF

8 Individu Terkaya Di Dunia Dengan Hanya Bermain ‘Game’

Tabiat bermain permainan video sering dipandang negatif oleh masyarakat, kerana ia sering disinonimkan dengan tabiat seseorang yang pemalas dan membuang masa. Bahkan ada yang menyifatkan seseorang yang gemar bermain permainan video ini tak matang dan tiada masa depan.

Namun, rata-rata yang masih tidak tahu, diluar negara kini ramai anak-anak muda yang telah bergelar jutawan dengan hanya bermain permainan video. Malah, ia juga sudah dianggap sebagai satu profesion.

Berikut dibawah merupakan 7 gamers yang terkaya di dunia:

1. Felix Arvid Ulf Kjellberg

Felix Arvid Ulf Kjellberg atau lebih dikenali PewDiePie dinobatkan sebagai gamer terkaya dengan meraih pendapatan hampir RM20juta setahun dengan hanya membuat komen dan tutorial tentang permainan video yang dimain beliau.

Selain itu, gamer yang berasal dari Sweden ini juga merupakan pemegang Guiness Book World Record dengan mempunyai pengikut yang terbanyak di laman YouTube.

2. Carlos Rodriguez

Carlos Rodriguez lebih dikenali sebagai ‘Ocelote’ kerana sering menjuarai permainan jenis Massively Multiplayer Online Game (MMO) yang terkenal iaitu League of Legends. Setakat ini, hasil pendapatan Ocelote mencecah RM4.5juta setahun.

3. Team Newbee

Kumpulan ini dianggotai oleh 5 orang pemain iaitu, Jiao Wang, Chen Zhihao, Zhang Pan, Wang Zhaohui dan Zhang Ning. Kumpulan ini sering muncul sebagai juara dalam pertandingan antarabangsa Dota 2. Setakat ini, mereka telah menjuarai pertandingan tersebut sebanyak 9 kali berturut-turut.

Hasil daripada kejuaraan pertandingan tersebut, kumpulan Newbee telah berjaya mengumpul keuntungan sebanyak RM24juta.

4. Johnathan Wendell

Johnathan Wendell telah dinobatkan sebagai salah satu gamer profesional yang paling sukses sepanjang sejarah dunia permainan video. Pemain yang lebih dikenali sebagai ‘Fata1ly’ ini handal dalam memainkan semua permainan video jenis First Person Shooter (FPS).

Selain itu, Wendell juga telah memenangi hampir 12 kejuaraan dan raih keuntungan hampir RM2juta.

5. Matthew Haag

Matthew Haag atau lebih dikenali sebagai ‘NaDeSHot’ merupakan salah seorang anggota kumpulan OPTIC. Kumpulan ini cukup terkenal dalam permainan video FPS, iaitu Call Of Duty.

Selain dari meraih pendapatan individu sebanyak RM800,000, kumpulan ini juga menerima pelbagai tajaan yang bernilai hampir RM2.8juta.

6. Lee Yun-Yeol

Pemain yang berasal dari Korea Selatan yang lebih dikenali sebagai NadA ini merupakan salah satu pemain permainan Brood War yang terbaik dengan menjuarai sebanyak 6 pertandingan.

Selain dari berjaya mengaut keuntungan hampir RM1.2juta, Lee Yun-Yeol juga memiliki kontrak bersama syarikat WeMade Fox yang bernilai RM2.2juta

7. Jang Jae Ho

Jang Jae Ho merupakan salah satu pemain terbaik dalam permainan Warcraft III dengan berjaya memenangi kejuaraan sebanyak 5 kali.

Pemain yang berasal dari Korea Selatan ini telah meraih keuntungan sebanyak RM2juta hasil dari kejuaraan tersebut. Sama seperti Lee yun-Yeol, beliau juga memiliki kontrak bersama syarikat WeMade Fox yang bernilai hampir RM2juta.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Ini Akibatnya Kalau Kau Bajet Sangat Tidak Upah ‘Wedding Photographer’

Ketahui 7 Cara Kegunaan Garam Selain Dari Memasak