in

LOL Love OMG Win WTF

Mengapa Kebanyakan Bangunan Di Hong Kong Dibiarkan Berlubang Di Tengah-tengah?

Hong Kong merupakan sebuah bandar metropolitan yang sangat padat dan pesat membangun, maka tidak hairanlah terdapat ratusan bangunan pencakar langit terletak di bandar ini sahaja.

Sekiranya diperhatikan, terdapat sesuatu perkara yang unik pada reka bentuk kebanyakan bangunan tinggi di sini.

Kebanyakan bangunan di sini, memiliki struktur yang ‘berlubang’ di bahagian tengahnya. Unik, kan? Mengapa ia direka sedemikian rupa?

Memetik laman Amusing Planet, masyarakat Cina sememangnya terkenal dengan feng shui mereka dan diaplikasikan bukan terhad  di dalam kediaman, perabot dan juga posisi kerja di pejabat, malah ianya turut disuntik ke dalam reka bentuk bangunan khususnya bangunan pencakar langit seperti terdapat di Hong Kong.

Mengikut fahaman feng shui, reka bentuk sebegini dipercayai ia mampu mengelak dari energi negatif yang boleh menyebabkan perkara tidak baik dan juga kerugian.

Berdasarkan dari landskap Hong Kong itu sendiri, ramai percaya pertumbuhan pesatnya disebabkan ia terletak di tengah-tengah kawasan pergunungan dan juga laut. Dan menurut sejarahnya, gunung merupakan rumah bagi haiwan naga, makhluk yang membawa energi positif yang sangat kuat.

Melalui kepercayaan itulah terhasilnya bangunan yang menambahkan ‘lubang naga’ di tengahnya agar si naga dapat melakukan perjalanan dengan lancar, menurut ahli fengshui.

Dan akhirnya energi positif sentiasa hadir dan terpancar di seluruh bandaraya Hong Kong. Begitulah legenda yang dipercayai mereka.

Pastinya ia bukan sesuatu yang pelik kerana setiap bangsa di dunia mempunyai kepercayaan masing-masing dan mempengaruhi rekabentuk bangunan tertentu di negara mereka, bukan?

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Rakaman Superman dan Batman Bergabung Belasah Pencuri Jadi Viral Di Internet

Antara sebab mengapa wanita keras kepala adalah calon isteri terbaik