in

Cute LOL Love OMG Win WTF

9 Gaya Tidur Yang Dapat Membantu Kesihatan Anda

Secara puratanya, manusia tidur selama 25 tahun sepanjang hayat. Mengikut kajian, manusia memerlukan tidur sekurang-kurangnya 7 hingga ke 9 jam sehari bagi memastikan tubuh badan kita mendapat rehat yang secukupnya.

Tetapi, selain daripada jumlah waktu tidur, tahukah anda bahawa gaya tidur kita juga membantu dapat membantu meningkatkan kualitii kesihatan kita?

1. Sakit belakang

Baring secara terlentang dan letakkan bantal kecil di bawah lutut dan gulungan tuala muka di kawasan pinggang, di bahagian belakang badan.

2. Sakit bahu

Baring secara mengiring ke sisi dan bengkokkan kaki sedikit ke atas. Letakkan bantal kepala di bahagian kaki sebagai sokongan tambahan.

3. Sinus

Masalah sinus semasa tidur memang menjadikan pengalaman tidur kita tidak selasa dan bagi mengurangkan kesan sinus semasa tidur, anda dicadangkan untuk tidur menggunakan sekurang-kurangnya dua biji bantal yang diletakkan di belakang kepala.

4. Sakit kepala

Kebanyakkan kes sakit kepala semasa tidur adalah disebabkan oleh pergerakan kepala yang kasar secara kerap. Oleh sebab itu anda digalakkan untuk menyokong bahagian tepi kepalal anda dengan bantal bangi mengelakkannya daripada bergerak secara kasar.

5. PMS

Masalah yang popular di kalangan wanita ini mampu membuatkan seorang wanita yang lemah lembut tutur katanya berubah menjadi seekor singa dalam sekelip mata. Sekiranya anda mengalami masalah ini, letakkan bantal di bahagian belakang lutut bagi mengurangkan tekanan pada tulang belakang anda.

6. Darah tinggi

Meskipun rawatan untuk pesakit darah tinggi memerlukan pengambilan ubat khas dan mengikut nasihat pegawai perubatan, namun gaya tidur meniarap dengan bahagian muka ke bawah dapat membantu melegakan tekanan darah yang tinggi.

7. Masalah penghadaman

Tidur secara mengiring ke sisi kiri dapat membantu memperbaiki sistem penghadaman di kalangan mereka yang bermasalah.

8. Sakit tengkuk

Tidur secara terlentang dapat membantu mereka yang mengalami masalah seperti ini. Juga sediakan segulung tuala muka dan letakkan tuala itu di bahagian belakang leher yang bertindak sebagai sokongan.

9. Pedih ulu hati

Seperti masalah penghadaman yang lain. Masalah pedih ulu hati juga dapat menyebabkan pengalaman tidur yang tidak selesa. Sekiranya anda mengalami masalah ini, pastikan anda tidur mengiring ke bahagian kiri.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Lelaki Pakistan Ini Bawa Beban 100KG Setiap Hari Demi Sesuap Nasi

Imej Haiwan Pertama Yang Anda Lihat Ini Dedah Personaliti Sebenar Anda