in

Lelaki Botak Lebih Seksi, Maskulin Dan Setia

Sebuah kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati lelaki yang berkepala botak didapati lebih seksi, maskulin dan setia.

Kajian yang sama turut mendapati lelaki botak yang tidak memakai rambut palsu dan berasa malu dengan imej botaknya itu lebih berkeyakian dan dominan berbanding dengan lelaki yang mempunyai rambut.

Tony Jaa terpaksa menyembunyikan rambutnya di sebalik bandananya bagi meniru gaya Jason Statham

Kajian yang dijalankan oleh Americamn Hair Loss Association ini mendedahkan bahaw 2/3 daripada lelaki akan mengalami masalah keguguran rambut sebaik usia mereka mencecah 35 tahun dan 85% lelaki akan kehilangan rambut dalam jumlah yang besar sebaik saja mereka mencecah usia 50 tahun.

Sekiranya dahulu, lelaki yang mengalami masalah keguguran rambut lebih cendurung untuk menyembunyikan masalah mereka di sebalik kopiah, topi dan rambut palsu, namun kini, masyarakat sudah boleh menerima imej berkepala botak ini.

Lihat betapa dominannya artis-artis lelaki yang berkepala botak ini berbanding dengan rakan-rakannya yang lain.

Jadi tidak hairanlah sekiranya anda mendapati lelaki-lelaki botak di mall sana mempunyai isteri dan teman-teman wanita yang lebih hot berbanding dengan anda. Jangan jeles ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bukti Cinta Itu Buta Memang Wujud!

Saintis Cipta ‘Pengganti’ Lelaki Untuk Wanita Yang Kesunyian