in

Kucing Paling Besar Dengan Berat 13KG Ini Bakal Pegang Rekod Dunia

Seekor kucing ‘gergasi’ jadi trending di laman media sosial baru-baru ini.

Kucing yang dikenali sebagai Samson ini bukanlah seekor kucing yang biasa. Selain daripada bakanya Maine Coon yang istimewa, saiznya yang hampir sebesar kucing bob dewasa ini telah menjadikannya ia kelihatan seperti seekor kucing gergasi.

Pemiliknya, Jonathan Zurbel dari New York telah mengambil alih tugas kucing berusia 4 tahun yang dinamakan Samson daripada abangnya, yang tidak mampu menjaga haiwan kerana jadual kerjanya yang ketat.

Samson yang mempunyai berat 13 kg dan hampir 4 kaki panjang ini bakal menjadi pemegang rekod dunia kucing yang paling besar.

Pemegang rekod Dunia Guinness terkini ialah Stewie, yang berukuran 4.04 kaki telah meninggal dunia pada 2013. Samson dianggap sebagai raksasa kucing peliharaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lelaki Ini Buktikan Pembedahan Komestik Tidak Hanya Terhad Pada Muka

4 Lokasi Yang Mungkin Jadi Tempat Meletusnya Perang Dunia Ke-3