in

Cute LOL Love OMG Win WTF

10 Kebetulan Yang Mengejutkan Di Dalam Sejarah

Kehidupan ini adakalanya penuh dengan kejutan dan misteri yang tidak bisa terungkai oleh pengetahuan sains atau sebarang teori konspirasi.

Berikut kami senaraikan beberapa kebetulan yang mengejutkan yang pernah terjadi di dalam sejarah.

Mati hidup semula

Enzo Ferrari yang menjadi pengasas Ferrari telah mati pada tahun 1988. Lebih kurang sebulan kemudian, Mesut Ozil yang merupakan seorang bintang sukan bola sepak telah dilahirkan di dunia.

Berdasarkan kepada dua gambar di atas. Ternyata kedua-dua lelaki ini kelihatan serupa dan seakan-akan kembar seiras.

Penggembara masa

Bintang Hollywood, Jennifer Lawrence yang kelihatan seiras dengan seorang pelakon Mesir yang lahir berpuluh tahun lebih awal daripadanya.

Ramalan tentang Titanic

Pada tahun 1898, 14 tahun sebelum tenggelamnya Titanic, seorang penulis novel fantasi, Morgan Robertson telah menulis sebuah novel yang berjudul Futility yang mengisahkan tentang tenggelamnya sebuah kapal di tengah-tengah laut Atlantik.

Apa yang menjadi lebih menghairankan adalah apabila kapal di dalam novel miliknya itu diberikan nama sebagai The Titan.

Jiran yang terpisah berkurun lamanya

Siapa yang sangka, komposer terkenal George Handel rupa-rupanya berjiran dengan pemain gitar, Jimi Hendrix.

Handel semasa hayatnya tinggal di No. 25 Jalan Brook, manakala Jimi pula tinggal di No. 23 Jalan Brook.

Tetapi sayangnya, mereka tidak dapat berkenalan semasa hayat mereka kerena terpisah oleh masa untuk dua kurun lamanya.

Tragedi di empangan Hoover

Individu yang pertama terkorban semasa pembinaan empangan Hoover adalah George Tierney, yang meninggal pada 20 Disember 1922 manakala, individu terakhir yang terkorban adalah Patrick Tierney, yang merupakan anak kepada George Tierney. Anehnya, Patrick dilaporkan telah meninggal pada tarikh yang sama, 20 Disember.

Kemalangan kenderaan pertama di dunia

Kemalangan kenderaan yang pertama direkodkan terjadi pada tahun 1895 di Ohio, Amerika. Anehnya, pada ketika itu, kedua-dua kenderaan yang terlibat merupakan kenderaan yang pertama sekali berada di negeri itu.

Kebetulan yang tidak masuk akal

Kami rasa mungkin ramai yang sudah tahu kebetulan yang melibatkan dua orang bekas presiden Amerika Syarikat ini.

Kedua-duanya dibunuh dengan cara ditembak di bahagian belakang kepala pada hari Jumaat sebelum sambutan hari perayaan.

Kedua-duanya dibunuh semasa didampingi oleh isteri masing-masing.

Kedua-duanya memilikik empat orang cahaya mata.

Kedua-duanya memiliki kawan yang bernama Billy Graham.

Presiden Kennedy memiliki setiausaha yang bernama Puan Lincoln. Manakala Presiden Lincoln memiliki setiausaha yang bernama John.

Yang pertama dan yang terakhir

Dua kubur milik askar yang pertama dan yang terakhir yang terbunuh semasa Perang Dunia Kedua ini terletak sebelah menyebelah dengan jarak hanya 6 meter yang memisahkan satu antara lain.

Penggembara masa atau peramal nasib

Di dalam sebuah buku yang berjudul The Narrative of Arthur Gordon Pym of Nantucket, ditulis oleh Edgar Allan Poe, beliau menceritakan tentang empat orang kelasi yang terselamat daripada kematian setelah kapal mereka tenggelam di tengah laut dengan memakan seorang rakan kelasi mereka yang lain.

Meskipun Edgar mengatakan buku itu ditulis berdasarkan kisah sebenar, namun hakikatnya, buku itu dikarang mengikut imiginasi beliau semata-mata.

Anehnya, 46 tahun kemudian. kisah yang diceritakan di dalam buku Edgar dilaporkan benar-benar terjadi.

Donald Trump dan kartun the Simpons

Pencipta kartun The Simpson telah membuat lawak pada tahun 2000 dengan mengatakan bawaha Donald Trump telah berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat.

Namun siapa yang sangka, bahawa lawak yang mahu dijadikan bahan ketawa itu akhirnya menjadi realiti dan mimpi ngeri masyarakat dunia.

 

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

8 Perkara Pelik Di Dunia Ini Yang Masih Tidak Mampu Dirungkai Oleh Sains

17 Gambar Kucing Yang Dirakam Tepat Pada Masanya