in

Kucing Seberat 14KG Ini Mungkin Kucing Yang Paling Panjang Di Dunia

Seekor kucing yang bersaiz 3 kali ganda besar dari kucing biasa kini telah dinobatkan sebagai seekor kucing yang terpanjang di dunia dan memecahkan rekod sedia ada dalam Guiness World Records.

Memetik laporan The Telegraph, kucing itu yang bernama Omar seberat 14 kilogram dan telah jadi tular di media sosial selepas pemiliknya memuat naik gambarnya ke laman Instagram sekaligus menarik perhatian netizen yang turut mengikutnya di laman terbabit melebihi 8 juta pengikut.

Pemilik kucing berkenaan, Stephy Hirst dari Melbourne berkata, dia akan menghantar Omar bagi mendapatkan ukuran sebenar untuk membolehkan pengesahan secara rasmi dibuat, katanya.

Hirst dan pasangannya bertanggungjawab menjaga Omar semenjak kecil dan mereka turut terfikir bahawa Omar adalah kucing yang terpanjang di dunia, namun tidak melakukan apa-apa kerana mereka berpendapat Omar masih lagi belum besar sepenuhnya.

Hirst juga memberitahu, ketika mula menjaga Omar, berat kucing itu hanya 10 kilogram ketika usianya satu tahun.

Menurut Hirst lagi, Omar amat menggemari daging kanggaru dan diberikan makan setiap hari dengan daging kanggaru mentah dan kegemaran Omar adalah tidur di atas sofa, katanya.

Sebelum ini rekod kucing yang paling panjang dipegang oleh seekor kucing yang mempunyai ukuran sepanjang 118.33 sentimeter dan Hirst memberitahu bahawa ukuran kali terakhir bagi Omar adalah sepanjang 120 sentimeter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cili Nafas Naga Terpedas Di Dunia Yang Bakal Jadi Pengganti Ubat Bius Boleh Menyebabkan Kematian

Pesakit Misteri Yang Ghaib Secara Tiba-tiba Di Hospital Lama Tahun 1938