in

Transformasi Gadis Yang Pernah Digelar Gorilla Kerana Berwajah Hodoh Kepada Seorang Persis Model

Setiap sesuatu yang kita inginkan sekiranya ada usaha gigih pastinya keinginan kita akan tercapai dan berbaloi dengan apa yang telah diusahakan. Begitu juga wanita yang ingin lebih cantik dan terus berusaha untuk kelihatan lebih cantik.

Walau bagaimanapun, setiap kecantikan dan penampilan tidak semestinya dipandang pada luaran saja tetapi mengikut kajian dan juga lumrah alam setiap orang akan lebih tertarik kepada seseorang melalui penampilan ketika kali pertama bertemu.

Disebabkan penampilan seseorang itu menjadi perkara utama ketika pandang pertama, kerana itulah setiap seseorang itu memiliki kencenderungan untuk memperbaiki cara berpakaian dan ingin mencantikkan paras rupa.

Perkara inilah yang berlaku kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Kuok, dari Vietnam. Kuok yang berusia 22 tahun berkata, dia seringkali menjadi bahan ejekan rakan-rakannya kerana dia tidak cantik malah disebabkan bibirnya yang tebal serta hidungnya yang tidak mancung yang dikatakan kelihatan seperti Gorila.

Kuok juga pernah diberitahu oleh rakan yang mengejeknya bahawa tiada mana-mana lelaki yang akan mengahwininya kerana paras rupa dan penampilan sebegitu yang langsung tidak akan menarik perhatian lelaki.

Oleh sebab itu, gadis ini telah bertekad untuk menjadi lebih cantik dan membuat keputusan untuk melakukan pembedahan plastik serta sanggup menghabiskan sejumlah wang bernilai ribuan ringgit demi untuk mengubahkan wajahnya supaya menjadi lebih cantik.

Setelah selesai menjalani pembedahan wajahnya, ternyata Kuok lebih cantik dan juga mempunyai keyakinan yang amat tinggi. Tidak berapa lama selepas itu, Kuok juga telah menemui pasangan hidupnya yang serasi dengannya lalu berkahwin dan hidup bersama.

Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Puteri Jepun Rela Dilucut Semua Gelaran Diraja Demi Berkahwin Dengan Seorang Budak Pantai

Cili Nafas Naga Terpedas Di Dunia Yang Bakal Jadi Pengganti Ubat Bius Boleh Menyebabkan Kematian