in

Bukan Bilik Pameran Semata-mata, Tetapi Inilah Vending Machine Yang Menjual Supercar Di Singapura

Negara jiran Singapura merupakan sebuah negara pulau yang kecil dari segi saiznya. Oleh kerana kemajuan yang dikecapi, banyak pembangunan telah dilaksanakan dan menyebabkan ruang hartanah begitu terhad disana.

Jadi jika anda syarikat penjual kereta mewah, bagaimana cara untuk anda mempamerkan kereta-kereta tersebut pada ruang hartanah yang terhad?

Bilik pameran bertingkat seakan-akan mesin layan diri (vending machine) pastinya jawapan terbaik bagi masalah itu.

Autobahn Motors, syarikat yang menjual kereta-kereta mewah telah menggunakan konsep bilik pameran bertingkat yang mana ia mampu dilihat dari jarak yang jauh.

Menariknya urusan jual beli disini adalah menggunakan tablet dan aplikasi khas.

Setelah itu pembayaran dibuat, kereta akan dihantar kepada pembeli dalam masa 2 minit menerusi sistem penghantaran ‘Fishbone’.

Mungkin ada diantara ada yang berminat untuk berkunjung ke bilik pameran bertingkat ini boleh pergi ke  20 Jalan Kilang Singapura 159418.

By

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

23 Rekaan Tandas Yang Buat Kita Berfikir Dua Kali Sebelum Menggunakannya

Produk-produk Apple Yang Gagal Di Pasaran