in

Cute LOL Love OMG Win WTF

Tandas di Tingkat Tiga Berhantu di UTP, Sri Iskandar, Perak

Cerita dari seorang bekas pelajar UTP

Salam, nama aku Badrul, aku ingin kongsikan suatu kejadian yang sangat seram dalam hidup aku di sebuah tandas di Universiti Teknologi Perak. Kisah ini berlaku dalam pertengahan semester pertama aku berada di UTP.

Pada suatu malam, ada sorang kawan aku bagi cadangan untuk study di library. Lagi pun final exam dah dekat. Jadi elok benarlah jika study hard dari sekarang. Waktu itu malam, kira-kira pukul 8 malam. Jadi, kami berempat pergilah ke library UTP. Kalau korang nak tahu, library UTP ini tersangat la besar, tetapi memang besar dan unik.

Jadi, walaupun bila waktu dekat final exam, ramai orang akan ke library, tapi masih akan ada jugak meja-meja kosong. Di tingkat atas kadang-kadang kosong takde orang, jadi kau boleh bayang sendirilah betapa besarnya library UTP ni.

Memang sangat selesa belajar di library ni, sebab suasananya tenang dan sejuk dan untuk orang-orang yang bising suka berbincang bising-bising, atau yang suka mengajar kawan-kawannya, akan ada beberapa bilik khas yang perlu dibooking.

Baik, aku sambung cerita tadi.

Waktu itu pukul 8 malam. Kami tinggal di asrama Village 4 yang terletak agak jauh la dari Village 4 ke library. Nasib baik ada sorang member tu namanya Afiq, dia anak orang kaya, ayah dia bagi sebijik kereta Myvi untuk kegunaan belajar di UTP.

Jadi, kami naik keretanya  menuju ke library. Ini adalah kali pertama kami masuk library untuk study group.

Dipendekkan cerita, kami study di tingkat 3, sengaja kami study di tingkat atas walaupun kat bawah masih banyak kosong. Tengah study punya study, waktu itu sudah pukul 9.45 malam, tiba-tiba perut aku buat hal, .banyak kali jugaklah kentut. Kali pertama kentut, member-member aku pandang aku lain macam. Tetapi bila sudah masuk kali kedua, member aku tutup hidung.

“Owohhh busuk err natang”

Member aku itu orang Terengganu dan seperti kebanyakkan orang Terengganu yang lain, mereka ini jenis yang suka lepas saja.

“Gi kentut jauh, cilakak natang ni”

Lepas tu kentut lagi, kentut dan kentut…aku pun cakap “errr mintak maaf…bila kita nak balik ni? aku sakit perut..”…

Salah sorang member aku cakap,

“Mungkin lewat kot…pukul 12 lah kita balik….ko sakit perut nak berak ke? pergi la tandas kat sana tu ha”, sambil menunjukkan satu signboard tandas di hujung floor itu.

Aku pun apa lagi, dengan laju aku berjalan ke tandas tersebut. Bila masuk je tandas, sempat lagi dalam hati aku berkata “Woww, cantik juge tandas ni, bersih dan selesa”…

Masuk je kubikel tandas tu,,, bukak seluar, cangkung, “prakkkkkkkkk”, keluar la segala tahi yang dah terkumpul nak keluar tadi…tapi waktu tu masih lagi sakit, so aku cangkung lagi, tunggu lagi.

Sambil-sambil berak tu, aku tengok la sekeliling kubikel tandas tu. Kubikel tandas ni tertutup di bahagian atas, jadi udara-udara yang busuk akan dikeluarkan melalui exhaust fan dalam setiap kubikel tu, jadi takde la orang boleh intai dari atas.

Cumanya di bahagian bawah kubikel tandas tu (di pintu), tidak tertutup,, so boleh nampak la kaki orang berjalan masuk tandas.

Gengah-tengah nikmat aku melabur, tiba-tiba aku terdengar bunyi seakan-akan orang perempuan menangis…sayup-sayup je bunyinya, makin lama, makin dekat…. “Eeeeiikkkk”…..”Pammm”….bunyi pintu tandas terbuka dan tertutup dan waktu tu aku dengar jelas suara seorang perempuan menangis, menangis teresak-esak macam orang baru putus cinta. Aku pun dalam hati “apa minah ni masuk tandas laki? Atau aku yang salah tandas?”

Bunyi tangisannya makin dekat, makin dekat dan lepas tu.

Alangkah terkejut pantetnya aku apabila terlihat kaki seorang perempuan yang sangat pucat seperti tiada darah mengalir lalu depan kubikel tandas aku dan yang paling menakutkan aku adalah, perempuan tu terapung. Kakinya tak menyentuh lantai!

Aku hanya nampak kaki dan kainnya sahaja.

Aku memang tersangat terkejut pantet beruk makyeh. Apa-apa pun, aku cuba diamkan diri..aku taknak dia tahu aku ada dalam kubikel tandas tu dan dia hanya lalu dan pergi ke kubikel yang paling hujung dan aku pulak di kubikel paling first selepas masuk tandas.

Jangan cakap la betapa takutnya aku masa tu. Tetapi aku diam je dan nasib baik dalam tandas tu ada tisu. Biasanya aku guna air untuk basuh dubur aku ni tetapi kali ni aku guna tisu, lap segala apa najis di dubur aku ni dan aku bangun, pakai seluar. Aku cuba tak hasilkan sebarang bunyi.

Perempuan tu masih menangis Wwaktu tu aku memang pikir nak lari keluar je.

Tengah-tengah aku pakai seluar tu,, tiba-tiba aku dengar bunyi dia mengetuk pintu kubikel tandas di hujung sekali… “tuk, tuk, tuk”.

Dia ketuk lagi “tuk, tuk, tuk” agak perlahan ketukannya dan dia pun bersuara dengan suara yang lembut macam perempuan ayu “ade orang takk?”. Memang seram la jugak dengar suara dia bajet ayu tu… lepas tu “eeiikkkkkkk”, bunyi pintu kubikel tandas terbuka.

Kemudian, bunyi lagi ketukan pintu kubikel tandas. Kali ni lagi dekat, sama juga dia tanye “ade orang takkk?” kemudian, “eiiiikkkkkk” pintu terbuka.

Dan bunyi lagi ketukan pintu makin dekat, seolah-olah dia ketuk pintu satu per satu bermula dari kubikel paling hujung.

Waktu tu aku dah cuak, mungkin sekarang dah pintu yang ketiga. Seterusnya yang keempat adalah kubikel tandas aku. Aku memang takut gile waktu tu. Badan aku sejuk, pucat .Aku tak tahu nak buat apa Aku dah siap pakai seluar, aku standby nak cabut lari. Tangan aku dah standby pada pemegang pintu tu.

Tetiba bunyi pintu tandas ketiga tu terbuka “eiiiiiikkkkkk”

Kali ni, aku nampak kaki terapung tu lalu depan pintu tandas aku dan berhenti depan pintu tandas aku.

“Ahhh sudah”.

Waktu tu, aku rasa takut sampai nak terkencing, nak terberak, kadang-kadang aku terkentut. Aku tersangat takut.

Seperti kubikel-kubikel sebelum, perempuan tu buat benda sama pada tandas aku, dia ketuk-ketuk “tukk,, tukkk,,, tukkk”……”ada orang tak???”…..”tukkk,, tukkk,, tukkk”…

Selepas tu, kedengaran macam dia cuba untuk tolak pintu aku tapi tak dapat buka “ketakkk,, ketakk,”….

Waktu itu tangan aku pada tombol pintu standby untuk lari, tetapi kaki aku jauh dari pintu Kiranya aku berdiri agak condong lah. Sebabnya, aku takut dia tarik kaki aku.

Tidak lama lepas tu, senyap. Dia dah tak ketuk pintu.

Oleh kerana aku berdiri secara condong, muka aku memang menghadap ke lantai dekat dengan lubang bawah pintu tu. Dalam tak sampai satu minit lepas tu, aku nampak macam rambut bawah lantai tu. Rambut tu masuk dalam kubikel tandas aku. Argghhh, aku takut.

Semakin lama, makin dalam.

Pantet terkejut babi aku apabila aku melihat kepala perempuan freehair yang mukanya pucat itu masuk dalam lubang bawah pintu itu. Mukanya sangat menakutkan.

Secara spontan aku terus bukak pintu.

Aku lompat melepasi tubuh badan hantu tu dan terus keluar dari tandas tu. Aku terkejut lagi, aku lihat di luar tandas tu iaitu di library tadi semuanya gelap gelita.

Ahhh sudah gangguan apa lagi ni.? Tanpa pikir panjang, aku terus berlari ke arah tangga dan turun tangga tersebut sambil aku turun sempat lagi aku maki member-member aku dalam hati “cilaka budak-budak ini tinggalkan aku.”

Tengah-tengah aku turun tangga, bunyi la tangisan pompuan tu lagi dari jauh. Sambil dia berkata “awakkk, awakkk kat mana.” Sambil menangis Dia seolah-olah mencari aku dan semakin lama bunyi tangisan tu makin kuat.

Aku berhenti seketika, dan lihat di atas melalui celah-celah tangga tu..dan aku dapat lihat dia juga lihat aku…dia dah perasan aku ada di tangga….”tunggu saye awakkk”, sambil menangis… aku pun dengan pantas belari turun…sampai je di bawah, aku berlari ke arah pintu library untuk keluar.

Sampai je di pintu,, alamak, pintu library plak terkunci….keadaan waktu tu sangat cemas. Suasana gelap gelita, takde orang dan gelap. Aku hanya boleh dengar tangisan perempuan tu je.

Aku tak tahu nak buat apa. Aku terduduk di depan pintu tu sambil tenangkan diri aku dan cuba control pernafasan aku dan aku nampak perempuan tu dari jauh, dia menangis dan dia menuju ke arah aku dengan laju.

Makin dekat dan makin dekat….

Aku jerit “arggghhhhhh!!!!!! Jangan ganggu aku bodoh!!!! babi!!! argghhhhhhhhh!!!”

Waktu tu aku jerit sambil pejam mata. Aku dah tak sanggup tengok perempuan cilaka tu lagi.

Aku jerit sekuat-kuatnya dan tanpa henti.. Waktu tu aku rasa macam orang gila.

Aku jerit kuat-kuat sebab aku dah taknak dengar lagi suara dia..dan juga (of course la) sebab aku takut yang teramat. Keadaan jadi gelap gelita. Tiba-tiba aku sedar,,, aku berada di atas katil hospital..

Aku tengok sekeliling ada la member-member aku yang stadi  sama-sama malam tu. Diorang duduk sekeliling aku…

“Alhamdulillah ko dah sedar”…..

Aku tanya diorang dengan suara tak bermaya aku “…aku nampak perempuan..ape dah jadi sebenarnye? aku mimpi ke? kita ada stadi kat library ke?”

Sorang member aku cakap “sabar……ye memang kita stadi kat library….dan ko sakit perut,, ko gi tandas…”

Dia terus sambung cerita lagi….

“waktu tu dalam dekat pukul 10, ko tahu tak sebenarnya library UTP ni tutup pukul 10 malam..waktu ko pergi je masuk tandas,, dalam sepuluh minit lepas tu,, lampu library berkelip-kelip,,,sekejap terbuka sekejap tertutup..

Dari jauh kami nampak pak guard off on switch.. Kami pandang la pak guard tu dengan muka hairan. Dia pun jerit, ‘library dah nak tutupp”.

Ok so kitorang faham la library nak tutup So dengan laju kami kemas-kemas barang, turun, dan keluar.

Keluar je dari library, baru kami teringat ko dalam tandas…aku masuk balik, cakap kat pak guard yang ko masih dalam tandas,, pak guard pun benarkan aku naik balik panggil ko…   so, aku naik atas balik, aku cuba buka pintu tandas, tapi berkunci..aku panggil la ko…banyak kali aku panggil ko.

Tetapi ko langsung tak jawab dan tak bukak pintu tu..pak guard plak dari tadi suruh cepat,,,,cepat,lepas tu pak guard tu tak habis-habis ON OFF lampu dengan suis kawalan jauh tanpa wayar tu.

Geram plak aku dengan pak guard tu. Tidak lama lepas tu, aku terima SMS dari telefon nombor ko ‘minta maaf, lupa bagitahu, aku dah balik asrama’. Jadi tanpa pikir panjang, aku terus keluar dari library tu. Memang aku rasa pelik jugak, biasanya ko CALL je aku, kali ni ko SMS.

Kitorang pun blah, dan terus balik asrama. Kitorang dah tak sabar nak maki ko sebab tinggalkan kitorang tak bagitahu. Bila sampai asrama, tengok ko takde. Kitorang main game sampai pukul 2 pagi dan ko masih takde. Hari ni pagi tadi baru kitorang tahu ko sebenarnya masih dalam library selepas Pak Guard jumpa ko terbaring tak sedarkan diri depan pintu library

Badan ko panas sangat. Doktor cakap ko demam panas. Cuba cerita kat kitorang, apa dah jadi pada ko malam tu?”

Aku pun cerita segalanya pada diorang. Tetapi diorang tak percaya. Beberapa hari selepas tu, ada yang sanggup try masuk tandas tu pukul 10 malam. Tapi takde apa-apa yang berlaku.. Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku sorang sahaja yang diganggu.

Sejak dari tu, sampai graduate aku dah tak pernah guna tandas library tingkat 3 tu.

Leave a Reply

Amukan Pontianak di Village 5 Universiti Teknologi Petronas

Jepun Kurang Pelakon Filem Lucah, Buat Uji Bakat Di Malaysia