in

Love

Pemandu Uber Wanita Paling Cantik Di Manila

Seorang wanita yang berasal dari Manila mendapat perhatian netizen apabila digelar pemandu Uber tercantik di negara itu.

Wanita yang dikenali sebagai Joyce Tadeo itu mula berminat untuk menjadi pemandu uber selepas melihat teman lelakinya melakukan pekerjaan tersebut.

Pada awalnya, Joyce masih ragu-ragu untuk melakukan pekerjaan itu, tetapi dia seorang yang sukakan kelainan dan cabaran.

Joyce juga merasakan pekerjaan ini adalah sesuatu yang mencabar bagi kaum wanita.

“Saya suka mengambil risiko. Saya selalu lakukan sesuatu yang luar biasa dan perkara yang mampu beri motivasi,” katanya yang teruja setiap kali membawa penumpang.

Selain disenangi dengan sikap ramahnya, Joyce juga mengaku bahawa dia sering mendapat pujian daripada penumpang kerana kecantikannya.

Mereka juga berpendapat dia terlalu cantik untuk menjadi seorang pemandu.

Walaupun bekerja sebagai pemandu sambilan, Joyce sebenarnya berkelulusan dalam bidang psikologi dan pernah bekerja sebagai wakil perubatan di sebuah syarikat farmasi.

Comments

Leave a Reply

Loading…

Comments

comments

Penampakan Bunian Di Sungai Panjang

Lembaga Seram Muncul Tapi Orang Ramai Tak Lari Sebaliknya Berebut Ambik Gambar