in

LOL OMG WTF

Penampakan Bunian Di Sungai Panjang

Peristiwa yang aku lalui  ketika aku  menoreh getah..Ada satu kawasan dalam kebun getah tempat aku memotong, membuatkan aku merasa agak hairan ketika melaluinya . Jika melintasi  kawasan ini aku akan terbau bauan yang wangi. Sesekali aku terhidu bau yang sama ditempat lain. Mulanya aku tidak perduli. Fikirku  mungkin ada ada pokok bunga dikawasan situ. Tapi  aku tidak nampak ada sebarang pokok lain disitu selain pokok getah

Tujuan ku berada dikawasan itu hanya untuk mencari rezeki. Aku buang perasaan takut, sekali pun berada ditempat sebegitu berbahaya. Terdedah kepada serangan binatang. Aku matikan tanggapan negetif. Aku  iklaskan  hati  menerima  dugaan atau apapun yang akan berlaku. Aku tumpu pada tujuan  sebenar ku, bekerja keras  demi  kehidupanan anak-anak ku.

Setelah sediakan makanan untuk keluarga .Aku merasa terlalu penat dan badan ku terasa berat dan mengantuk. Aku masuk kebilik dan  berbaring dikatil. Sebaik aku mahu menutupkan mata, aku terhidu bau  yang wangi yang, biasa aku hidu semasa dikebun getah.

Aku terkejut dan membuka mata. Waktu in  aku seolah-olah dibawa kekawasan kebun getah tempat aku menoreh. Aku berada ditengah-tengah kawasan kebun getah. Aku melihat susunan pokok getah dihadapan ku. Aku benar benar sedang berdiri memandang kawasan kebun getah tempat aku bekerja

Pandangan ku tertumpu apa gerakan/alunan  selendang/ lembaran kain yang  melayang-layang didepan . Mencari punca nya, mendongak kelangit, aku melihat lima atau mungkin tujuh helai lembaran kain sayup dari atas langit, terbuai turun mencicah bumi. Semua selendang itu dari satu punca/tempat  dan kamudian mengambang  seakan bentuk kipas tangan/ separuh bulatan.

 Selendang tersebut berwarna kuning, cantik,  menyinar seakan kain sutera dipancar sinar lampu. Beralun lembut  ditiup angin terapung diudara. Aku melihat saorang kelibat tubuh wanita yang  cantik menyusur dari punca kain kebumi. Pergerakkannya pelahan sahaja. Dia sedang menghampiri ku. Aku lihat dia memakai pakaian seakan Pakaian Puteri Cina  seperti pakaian dalam gambar-gambar  Puteri Han li Po (dalam sejarah Melaka).Pakaian nya dari kain yang amat  lembut ,nipis dan berlapis-lapis. Bajunya kembang  seakan dress, labuh dan kembang  berjela-jela, bertali pingggang sederhana.Tangan baju besar berlapis-lapis.  Dikedua lengannya  terjurai  reben panjang,  lebar,  lembut, terbang beralun  ditiup angin.

Terpaku melihat  kecantikan  ajaib didepan mata.Warna pakaian hampir keseluruhannya  kuning keemasan, hiasan dan kemasan   tepi  kain berwarna hijau. Terpancar sinaran  indah dari busana  yang dipakai. Seakan pantulan  cahaya keatas cermin. Hiasan kepala  sarat dan besar. Aku tidak nampak jelas bagaimana rupa  bentuknya. Raut wajah  berseri-seri, cantik ,seakan wanita melayu  yang berusia lewat enam puluhan.

Pandangan dan riak wajah seperti saorang Ratu/Permaisuri  memandang rakyat (seperti dalam filem bangsawan). Benar-benar gaya saorang Raja/ Ratu.Dari puncak langit yang entah aras mana. Dalam keadaan tangan sebelah mendepa dan sebelah lagi memegang kipas tangan terbuka menutupi bahagian tepi  kanan pinggang. Ratu itu turun menyusur diatas  hamparan selendang/kain berwarna kuning menuju kearah ku.

Berhenti benar-benar didepan ku.Aku tidak pasti perasaan ku ketika itu. Aku tidak pasti sama ada aku aku takut atau tidak. Yang pasti aku rasa kagum. Kagum melihat  keajaiban didepan mata, terpesona melihat kecantikan dan keindahan pakaian saorang yang mungkin Ratu/permaisuri/puteri. Merasa ada sentuhan perasaan, seperti saorang rakyat bertemu Permaisuri/Ratu. Aku terpegun kaku disitu.

Hanya sebentar, dan kamudian aku terasa diterbangkan ketempat lain, Sekelip mata aku berada diatas katil ku sendiri. Permaisuri/Ratu/Puteri tadi sedang berdiri memerhatikan aku dari  hujung katil. Sebentar kamudian ianya hilang. Bau harum yang biasa aku terhidu oleh ku dikebun getah  semakin menipis dan hilang.Apa kah aku bermimpi?.

Rasanya tidak. Sukar untuk ku gambarkan apakah sebenarnya ia nyata atau sebaliknya. Dari logic akal, pekara seperti itu  hanya seperti  khayalan atau hanya berlaku dalam mimpi sahaja. Tapi aku rasa aku tidak bermimpi. Aku belum tidur lagi ketika itu. Aku dalam keadaan terjaga dan dalam keadaan separuh duduk  semasa aku melihat lembaga/makluk/jin(Tidak dapat ku gambarkan apa itu) tiba-tiba lenyap dari pandangan ku dan meninggalkan bau harum dibilik ku.Misteri bertemu “Ratu  Kayangan“(agaknya )  turun kebumi  dengan menyusur diatas selendang/lembaran kain jadi kenangan dalam hidupku.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

10 Lelaki Paling Kacak Dan Paling Diminati Wanita Di Malaysia

Pemandu Uber Wanita Paling Cantik Di Manila