in

Cute LOL Love OMG Win WTF

8 Individu Ini Memiliki Warna Kulit Yang Unik Seperti Anak Patung

Setiap manusia dilahirkan dengan kelebihan masing-masing. Cuma selalunya, kita sering melihat pada sudut negatif sehingga kita terlepas pandang pada kelebihan yang kita miliki.

Individu-individu di bawah yang memiliki warna kulit yang berbeza daripada manusia biasa ini berjaya melihat jauh ke hadapan dan menjadikan perbezaan warna kulit mereka sebagai satu kelebihan untuk mereka kelihatan lebih menonjol berbanding dengan rakan-rakan mereka yang lain.

 1. Connie Chiu

Gadis yang berasal daripada Hong Kong ini menghidapi albino sejak lahir. Beliau kini menetap di Sweden dan bekerja sebagai seorang model yang berjaya.

2. Nikia Phoenix

Gadis Amerika yang memilik wajah yang bertompok-tompok ini memulakan karier beliau sebagai seorang model dengan sebuah syarikat jenama pakaian, Alternative Apparel. Beliau kini menjadi model untuk syarikat Coca-Cola dan Target.

3. Stephen Thompson

Lelaki yang berasal daripada Amerika Syarikat ini tidak pernah mengimpikan untuk menjadi seorang model sehinggalah beliau berteme dengan seorang jurugambar professional yang melihat potensi di dalam dirinya.

4. Winnie Harlow

Gadis yang memiliki penyakit kulit yang dikenali sebagai vitiligo ini telah mendapat perhatian model professional antarabangsa, Tyra Banks apabila Tyra melihat akaun Instagram milik Wiinie ini. Tyra kemudiannya telah menjemput Winnie untuk memasuki program America’s Next Top Model, musim ke-21 dan Winnie kemudiannya telah mendapat tempat yang kelima.

5. Ava Clarke

Kanak-kanak perempuan ini bukanlah berketurunan orang putih, sebaliknya beliau merupakan seorang berketurunan Afrika yang dilahirkan sebagai seorang albino.

6. Khoudia Diop

Bakat yang dimiliki oleh gadis yang berusia 19 tahun ini berasal daripada Senegal telah dilihat oleh sebuah agensi permodelan yang kemudiannya telah menawarkan pekerjaan kepada gadis ini.

Sekarang wajah beliau boleh dilihat di mana-mana di internet. Beliau kini memiliki 235,000 di Instagram.

7. Anastasia Zhidkova

Gadis yang berasal daripada Russia ini telah dinobatkan sebagai seorang albino yang paling cantik di dunia. Dilahirkan pada tahun 1996, gadis ini telah ditawarkan ribuan kontrak peragaan di negara kelahiran itu.

8. Lola Chuil

Meskipun pun berkulit hitam pekat, tetapi gadis ini merupakan gadis yang paling sensasi di dalam senarai ini.

Menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat, Lola yang mempunyai seramai 464,000 pengikut di Instagram ini sering dikatakan sebagai pengganti Naomi Campbell pada suatu hari nanti.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Tak Sanggup Nak Tengok, Bayi Ini Menyusu Dari Mayat Ibunya Yang Disangka Masih Hidup

21 Gambar Yang Buat Anda Perlu Lihat Berkali-kali