in

Lelaki Ini Teruk Dikecam Kerana Miliki Teman Wanita Yang Cantik

Kenyataan ini mungkin pahit untuk diterima, tetapi hakikatnya dunia ini penuh dengan haters yang akan sentiasa mencemburui dengan kelebihan orang lain dan berasa hebat apabila orang lain itu memiliki kekurangan di dalam kehidupan.

Seorang lelaki baru-baru ini teruk menjadi mangsa kecam haters beliau setelah gambar-gambar beliau bersama dengan teman wanitanya jadi tular di internet.

Lelaki yang berasal dari Phnom Penh, Kemboja ini merupakan teman lelaki kepada seorang wanita yang dikenali sebagai ,Kwan Dii yang merupakan instafamous yang berasal daripada negara itu.

Mungkin kerana mencemburui dengan kelebihan lelaki ini kerana mempunyai seorang teman wanita yang cantik meskipun lelaki ini kelihatan ‘kurang sempurna’ di mata haters beliau, lelaki ini dikatakan tidak layak untuk memiliki teman wanita secantik Kwan Dii.

Walaupun teman lelakinya mempunyai kulit gelap dan rupa paras yang tidak kacak, wanita itu mengaku dia sangat mencintai teman lelakinya itu.

Meskipun beliau bukanlah seorang yang kaya seperti mana yang didakwa oleh haters beliau, lelaki ini selalu dikatakan menggaburi kekurangannya’ itu dengan wang supaya teman wanitanya itu.

Selain itu, terdapat juga segelintir haters beliau yang bersifat melampau yang menuduh beliau menggunakan ‘minyak pengasih’ bagi menawan hati teman wanitanya itu.

Tidak semua lelaki kacak memiliki hati budi yang baik, jadi jangan sesekali suka menilai manusia lain dari paras rupa sahaja, ini kerana paras rupa tidak menjaminkan kebahagiaan. Cukup saja lelaki itu pandai mengambil hati dan menghormati wanita, pasti wanita cepat jatuh hati!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Tip Mengelak Bilik Hotel Berhantu di Malaysia

Bau Ketiak Lelaki Mampu Jadi Penawar Stress Wanita