in

Gambar Askar Kamikaze Tersenyum Gembira Sehari Sebelum Kematian

Namun dalam sejarah peradaban manusia, tiada yang terlampau radikal seperti yang dilakukan oleh askar Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Kamikaze atau lebih dikenali sebagai “dewa angin” merujuk kepada tindakan berani mati juruterbang dengan cara merempuh kapal perang laut musuh menggunakan pesawat tempur.

Menerusi taktik itu, juruterbang akan menjunamkan pesawatnya tepat ke badan kapal-kapal dan sasarannya ialah kapal induk yang mengangkut pesawat.

Juruterbang kamikaze, Yukio Araki, maut pada usia 17 tahun setelah melakukan serangan berani mati ke atas kapal tentera bersekutu Amerika Syarikat (AS) di Okinawa, pada 27 Mei 1945.

Kapal perang AS yang dikenali sebagai USS Braine (DD-630) itu mengalami hampir 50 peratus kemusnahan dan mengorbankan 66 anak kapal, namun ia dikatakan masih tidak karam dilautan.

Bagaimanapun, sehari sebelum misi tersebut dijalankan, Araki dan beberapa rakan dari skuad kamikaze unit 72 Shinbu sempat menyertai jamuan keberangkatan dalam melaksanakan misi terakhir seorang tentera.

Upacara yang dikenali sebagai “Mizu no Sakazuki” itu merupakan upacara khas meminum seteguk cawan kecil sake dan kemudian pegawai-pegawai akan mengangkat pedang masing-masing ke udara.

Selesai upacara berkenaan, kesemua anggota akan bersiap sedia dengan misi terakhir masing-masing dan pada ketika itu gambar Araki memegang seekor anak anjing bersama empat lagi yang lain berjaya dirakam jurugambar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Istana ‘Sultan Melaka’ Bakal Dibina Di Indonesia, Petanda Peluasan Empayar Melaka

Adam Park, Bayi Korea Kacukan Malaysia Yang Sangat Comel