,

10 Kesilapan Kecil Yang Membuatkan Kita Jadi Kurang Sempurna

Membuat sesuatu persiapan memang memenatkan. Lebih-lebih lagi sekiranya persiapan itu bersempena dengan event yang besar.

Namun, agak menyedihkan sekiranya persiapan itu menjadi sia-sia kerana disebabkan oleh beberapa kesilapan kecil yang telah terlepas pandang seperti di bawah:

1. Persiapan di saat akhir

Biasanya, kerja yang disiapkan “Last Minutes” atau keadaan yang tergesa-tergesa tidak akan memberikan hasil yang baik seperti yang diharapkan.

2. Berpakaian tidak sesuai dengan cuaca

Bagi mereka yang kaki melancong, pekara ini merupakan suatu benda yang penting dan tidak boleh diabaikan. Bayangkan sekiranya anda mahu ke negara Jepun pada bulan Januari tetapi memakai pakaian seperti mahu ke Bali pada bulan Disember? Tak huru-hura kan?

3. Berpakaian tidak sesuai dengan tempat

Masih ingat lagikah insiden wanita yang dipaksa untuk memakai tuala ataupun kain pelekat semasa melawat pejabat kerajaan suatu ketika dahulu? Ini adalah contoh yang paling tempat untuk menggambarkan situasi ini.

4. Memakai pakaian yang tidak sesuai dengan bentuk badan

Salah satu yang menjadikan diri anda bakal dikecam oleh rakan-rakan adalah apabila anda memakai pakaian yang tidak bersesuaian dengan bentuk badan anda. Bayangkan sekiranya anda seorang yang berbadan besar tetapi bertegas mahu memakai baju Under Amour semasa berada di luar, tragis tak?

5. Kesilapan kecil yang terlepas pandang

Di antara kesilapan kecil yang sering dilakukan adalah memakai pakaian yang berkedut ataupun berlubang semasa berada di luar.

6. Tiada aksesori perhiasan

Hmmm. Suka atau tidak, pemakaian aksesori yang sesuai dapat menaikkan lagi seri diri anda. Namun, awas. Pastikan anda tidak memakai aksesori di dalam jumlah yang berlebihan. Jadi bahan gurauan oleh kawan-kawan nanti.

7. Bahan tidak berkualiti

Berjimat memang perkara yang mulia, namun sekiranya tidak kena dengan tempatnya, perkara yang mulia itu akan bertukar menjadi perkara yang sia-sia.

Pastinya barang-barang anda yang dibeli semasa jualan murah tidak dibuat daripada bahan-bahan yang berkualiti rendah. Tidak kisahlah sama ada barangan itu Buatan China atau pun tidak, yang penting ianya mampu tahan lasak dan tidak mudah rosak.

8. Kombinasi warna

Bagi mereka yang gemarkan mix ‘n’ match, pastikan ada membuat sedikit ujikaji terlebih dahulu di rumah sebelum memutuskan untuk memakai pakaian anda di luar. Malu nanti.

9. Corak pelik

Terdapat banyak kes yang melibatkan ramai orang yang mahu kelihatan rare telah menjadi fashion victim kerana telah tersalah memilih corak pakaian mereka. Pastikan anda tidak terjebak.

10. Pilihan pakaian dalam yang tidak sesuai

Tips yang penting bagi wanita.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

18 Perkara Gila Yang Hanya Berlaku Di Dubai Sahaja

Selepas Perisa Durian Mendapat Sambutan, Kondom Perisa Nasi Lemak Bakal Berada Di Pasaran