in

Cute OMG

Pengedar Dadah Colombia Cipta ‘Stealth Boat’ Untuk Mengelak Dikesan Pihak Berkuasa

Di Colombia, kehidupan bergelar sebagai seorang pengedar dadah amatlah berbeza dengan kehidupan jutawan yang lain di mana, selain dikenali dengan kekayaan yang melampau, pengedar dadah di sana turut dikenali kerana pengaruh mereka yang tersebar di seluruh negara.

Kombinasi duit dan kuasa ini membuatkan mereka menjadi seorang yang sangat berkuasa setanding dengan ahli politik yang ternama.

Bagi mengekalkan kekuasaan mereka itu, mereka perlu menjadi lebih kreatif dan inovatif di dalam memasarkan produk mereka kepada pelanggan tanpa dikesan oleh pihak berkuasa supaya mendapat hasil pulangan yang berlipat kali ganda.

Pihak berkuasa Guatamala telah menemui sebuah bot berbentuk pelik yang ditinggalkan di tepi pantai di dalam perairan negara itu.

Bot yang mempunyai teknologi yang setanding dengan bot yang digunakan oleh pihak tentera, Very Slender Vessel (VSV) ini dikatakan telah digunakan oleh penyeludup dadah untuk membawa masuk bahan terlarang itu daripada Colombia ke dalam perairan negara itu tanda dikesan oleh pihak berkuasa.

Kapal VSV yang berbentuk seperti sebutir peluru ini dikatakan mampu memecut selaju 20 knot sejam dan dikatakan mampu berlayar dengan stabil meskipun di dalam cuaca yang buruk.

Leave a Reply

Jom Lihat Kehidupan Sosial Remaja Di Iran

Kegembiraan Palsu Pasangan Gay Yang Kononnya Terharu Saat Melihat Anak Mereka Dilahirkan