in

Cute LOL Love OMG Win WTF

19 Peraturan Lalu Lintas Pelik Di Seluruh Dunia, Malaysia Tersenarai

Bak kata pepatah, lain padang lain belalang. Begitu juga dengan undang-undang jalan raya di setiap negara seluruh dunia. Rasanya undang-undang negara kita tiada yang pelik, semuanya munasabah dan ada alasan konkrit mengapa ia dikuatkuasakan.

Bagaimanapun, memang wujud undang-undang jalan raya yang pelik di sesebuah negara. Kadang-kadang macam mengada-ngada pun ada. Senarai di bawah ialah beberapa perlakuan pemandu yang dianggap salah jika dibuat di negara tersebut. Kalau masih degil, terimalah saman!

1. Australia

Membiarkan kunci di suis penghidup tanpa berada dekat kenderaan – Mungkin banyak kecurian kat sana.

2. China

Beri laluan kepada pejalan kaki melintas jalan – Orang melintas pula yang kena bagi laluan. Haru!

3. Cyprus

Minum semasa memandu – Ini terpakai untuk semua jenis minuman, bukan arak sahaja. Itulah siapa suruh tak bungkus air ikat tepi.

4. Denmark

Menghidupkan kenderaan tanpa memeriksa lampu, brek, stereng dan hon. Anda juga mesti keluar melihat sekeliling kereta bagi memastikan tiada kanak-kanak menyorok atau bermain berhampiran – Dah macam kat sekolah memandu.

5. Finland

Bermain muzik dalam teksi tanpa lesen yang sesuai – Macam zaman Jepun pula nak dengar radio kena ada lesen.

6. Perancis

Tidak bawa kit uji paras alkohol – Nampak sangat orang Perancis kuat minum.

7. Iran

Kuatkan radio, pemandu wanita berpakaian tidak elok atau kurang sopan, membawa binatang peliharaan – Elok juga. Kurang sikit eksiden sebab nampak awek seksi.

8. Itali

Memandu melewati zon bersejarah tanpa permit khas – Ini patut disokong. Kurangkan pencemaran di kawasan bersejarah.

9. Jepun

Melanggar lopak air atau selut hingga terkena pejalan kaki – Setuju. Kalau di Malaysia memang keraplah saman keluar setiap kali musim hujan.

10. Korea Utara

Wanita menunggang basikal – Jenuh fikir sebab apa tak boleh. Basikal je kot.

11. Rusia

Memandu kenderaan kotor – Boleh fikir buka car wash kat sana.

12. Arab Saudi

Wanita memandu – Pun jenuh fikir sebab apa tidak boleh. Masih tak faham.

13. Afrika Selatan

Tidak berhenti ketika pengembala beri isyarat mahu melintas dengan haiwan ternakan mereka – Hidup pengembala!

14. Sepanyol

Memandu tanpa ekstra cermin mata dalam kereta – Ingat tayar saja ada spare. Cermin mata pun sama.

15. Switzerland

Cuci kereta pada Ahad – Bagus juga. Boleh jimat air dan galakkan cuci sendiri.

16. Thailand

Memandu tanpa berbaju – Mungkin sebelum ini orang Siam selalu berlenggeng saja sambil bawa kereta.

17. Turki

Tiada peranti reflektif, pemadam api dan kit kecemasan dalam kereta – Ini terbaik. Kalau jadi apa-apa tak payah nak pinjam drebar sebelah.

18. Britain

Bawa binatang berpenyakit dan mayat dalam teksi – Peh, mesti ada kes bawa mayat dalam teksi sebelum ini.

19. Malaysia

Tidak masuk lorong kecemasan ketika lalu lintas sesak – Hehehe. Ini gurau saja. Jangan nak serius pula!

Leave a Reply

Wanita Ini Mengaku Matahari Miliknya

Gambar Pemeriksaan Ketat Di Lapangan Terbang US