in

Cute LOL Love OMG Win WTF

10 Doktor Kacak Yang Paling Diminati Wanita Di Dunia

Kini, barisan doktor kacak di seluruh dunia mula viral di media sosial. Jika di media sosial pun mereka sudah cukup terkenal dek kerana personaliti serta tubuh sasa memikat hati wanita, apatah lagi jika di hospital. Pastinya berduyun yang mahu menjalani pemeriksaan rawatan dengan mereka.

Dr. Mikhail Varshavski

Lebih dikenali sebagai Dr.Mike. Majalah People memberikan gelaran kepadanya sebagai Sexiest Doctor Alive. Disebabkan kerana rupa parasnya yang kacak dan bertubuh sasa, popularitinya naik mendadak dan Dr.Mike mula terkenal di laman sesawang serta media sosial, dalam masa yang sama dia menggunakan kesempatan itu untuk memberikan inspirasi serta kempen kesedaran tentang kesihatan.

Dr. Gabriel Prado

Doktor berusia 26 tahun ini berasal dari Brazil. Lebih dikenali sebagai Dr.Gabe, merupakan seorang neurologist. Dr.Gabe mula terkenal pabila sekeping gambarnya telah tersebar di internet. Doktor yang kacak segak ini juga suka bersukan dan mengembara.

Dr. J. C. James

Doktor kacak dari Philadelphia College of Osteopathic Medicine ini punya pakej rupa dan tubuh yang mampu menawan hati ramai wanita. Doktor J.C James juga giat dengan aktiviti senam dan bina otot.

Dr. Mark Agas

Doktor yang berusia 32 tahun ini berasal dari Filipina dan pakar dalam bidang ophthalmology (pakar mata). Dirinya mula terkenal sebagai seorang doktor seksi apabila sebuah video dirinya sedang bercakap dengan pesakitnya tersebar di media sosial.

Dr. Evan Antin

Doktor kacak ini membesar di Kansas City. Dia sebenarnya bukan doktor biasa, dia merupakan doktor pakar haiwan di Conejo Valley Veterinary Hospital di Thousand Oaks, California. Dalam masa yang sama, Dr.Evan juga pernah bergelar seorang model dan bekas pelatih. Instagram miliknya penuh dengan gambarnya bersama haiwan.

Dr. Lacroix

Dr.Lacroix adalah seorang dermatologi yang bermastautin di McGill. Doktor kacak ini boleh dilihat sukakan binatang peliharaan yang comel serta kanak-kanak, bergaya, sering mengembara dan sering menjaga penampilan diri.

Dr. Kerisimasi Reynolds

Lebih dikenali sebagai Dr. Masi. Doktor segak ini sudah berkahwin dan bergelar bapa. Dia adalah seorang Pakar Bedah Ortopedik. Siapa-siapa ada masalah otot, mungkin anda tahu

Dr. Leo

Dengan rupa paras seakan seorang model dan bertubuh seperti pelatih gim, Dr.Leo adalah seorang doktor kecemasan Portuguese South African. Bahkan, Dr.Leo juga dikatakan banyak menghabiskan masa dengan kerja-kerja kemanusiaan.

Dr. Leonardo

Doktor pakar bedah hempedu ini kini menetap di United Kingdom. Dr.Leo mungkin belum lagi cukup terkenal, tetapi kami yakin dengan rupa parasnya yang muda segak pastinya secara perlahan-lahan meningkat naik namanya.

Dr. Fabio Cavini

Doktor kacak dari Brazil ini pakar dalam bidang Nutrologia dan Endocrinologia. Dr. Fabio nyata buatkan ramai pesakitnya tidak langsung skip sesi pemeriksaan.

Leave a Reply

15 Selebriti Hollywood Yang Tidak Pernah Berdiet Demi Karier Mereka

15 Haiwan Yang Suka Jadi Perosak Gambar