in

Digelar Raja Transformasi, Christian Bale Sanggup Ubah Bentuk Badan Demi Lakonan

Pemilik nama penuh, Christian Charles Philip Bale ini juga dikenali sebagai raja transformasi.

Ini kerana, Bale adalah antara pelakon Hollywood yang memanipulasi bentuk badan demi karakter lakonannya.

Pernah beberapa kali berat badannya berbeza mengikut karakter yang dilakonkan menerusi filem berlainan, antaranya The Machinist (2004) dengan 49 kilogram (kg), Rescue Dawn (2006) 61kg, Batman Begins (2005) 86kg dan untuk filemThe Dark Knight Rises (2012) berat badannya 90kg.

Rahsia Bale ialah makanan berprotein tinggi dan latihan di gimnasium.

Selain itu, Bale juga dikenali berkebolehan menuturkan hampir banyak loghat.

Buktinya menerusi watak Dick ‘Dicky’ Eklund dalam filem The Fighter (2010) yang dibawakannya dengan cukup berkesan sekali.

Menyingkap kerjaya lakonannya, Bale mula mencipta nama menerusi filem Empire Of The Sun (1987).

Ekoran daripada kecemerlangannya itu, Bale mula menerima pelbagai tawaran filem seperti Treasure Island (1990), Newsies (1992), Swing Kids (1993), Little Woman (1994), Pocahontas (1995), The Potrait Of A Lady (1996), The Secret Agent (1996), Velvet Goldmine (1998) dan A Midsummer Night’s Dream (1999).

Begitu pun, kemuncak kejayaan anak kelahiran Haverfordwest, Pembrokeshire ini adalah apabila dia menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di pentas Oscar kali ke-83 menerusi filem The Fighter (2010). Malah, menerusi filem itu juga, Bale turut mendapat anugerah yang sama pada Golden Globe Awards dan Screen Actor Guild Awards.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 Haiwan Yang Suka Jadi Perosak Gambar

Diceraikan Selepas Gagal Dalam Ujian Dara