in

Cute LOL Love OMG Win WTF

12 Kesilapan Yang Orang Lelaki Suka Lakukan Berulang Kali

Meskipun orang lelaki sering dilihat seperti sangat tenang dan serba boleh di dalam kehidupan mereka, namun, percayalah, mereka ini pastinya akan melakukan salah satu daripada 12 kesilapan ini berkali-kali.

1. Tidak memberi perhatian kepada tarikh luput produk yang dibeli

Semua produk makanan yang mempunyai tempoh luput kurang dua tahun kena diletakkan tarikh tamat tempoh pada bungkusannya.

Namun selalunya, orang lelaki akan kurang memberikan perhatian kepada perkara ini dan menyebabkan peti ais di rumah sentiasa penuh dengan makanan-makanan yang tidak berguna.

2. Menipu kepada pasangan mereka

Ramai lelaki beranggapan bahawa ianya lebih selamat untuk menipu kepada pasangan mereka berbanding dengan memberitahu mereka tentang perkara yang sebenar meskipun tahu bahawa pasangan mereka akan ketahui perkara yang sebenar suatu hari nanti.

3. Berjudi untuk jadi kaya

Meskipun judi itu haram di dalam Islam, tetapi masih ramai lelaki yang memilih untuk berjudi semata-mata mahu mendapatkan keuntungan melalui jalan yang singkat.

4. Pilihan warna stokin

Ramai lelaki kurang memberikan perhatian kepada warna stokin yang dipakai mereka. Lebih mengharukan, mereka berharap agar sesiapa tidak akan perasan mengenai warna stokin mereka yang tidak tentu hala itu.

5. Berbelanja sakan semasa sedang berduit

Tidak percaya? Cuba lihat kelakuan rakan-rakan lelaki anda setelah mendapat bonus tahunan mereka. Sekiranya tidak membelanjakan duit bonus mereka itu membeli telefon pintar, pastinya sport rim kereta bakal ditukar.

Tidak salah untuk berbelanja, tetapi pastikan anda turut menyimpan hard earned money anda untuk masa hadapan.

6. Bertahan untuk gadis yang mereka

Ramai lelaki sanggup digelar bodoh semata-mata mahu mendapatkan gadis idaman hati mereka.

7. Peraturan hanya untuk mereka yang tidak cukup jantan

Bagi lelaki, perasaan setiap kali melanggar peraturan akan membuatkan mereka kelihatan lebih maskulin berbanding dengan rakan-rakan mereka yang tidak.

8. Romantik bukan untuk anak jantan

Ramai lelaki lebih cendurung untuk berasa malu untuk bersikap romantik kepada pasangan mereka kerana beranggapan ianya tidak sesuai untuk lelaki yang mahu bergelar anak jantan.

9. Malu memakai cermin mata

Percaya atau tidak, ramai lelaki sebenarnya rabun jauh tetapi malu untuk mengenakan kaca mata kerana dilihat tidak bergaya.

10. Kaki tidak perlukan senaman

Sekiranya anda perasan, ramai lelaki sado memiliki otot yang besar yang terhad pada bahagian atas pusat.

11. Malas mencatit

Lelaki lebih suka bergantung kepada memorinya untuk menghafal sesuai perkara kerana lelaki yang macho tidak akan mencatitkan perkara-perkara penting di atas kertas.

12. Menangguh kerja

Ini merupakan kesilapan yang paling popular sekali.

Leave a Reply

5 Destinasi Percutian Yang Paling Pelik Dunia

16 Iklan Lama Di Malaysia Ini Bakal Menggamit Nostalgia