in

Lelaki Ini Beri Pengajaran Bernilai Kepada Wanita “Materialistik”

Pada zaman ini, kebanyakan lelaki menyatakan sesetengah wanita  lebih memandang duit dan harta ketika mencari pasangan hidup.

Geram dengan hal ini dan ingin memastikan kenyataan tersebut benar atau tidak, seorang pengguna Youtube membuat video sebagai  pengajaran kepada kaum wanita di mana lelaki ini menunjukkan kemewahan yang dimilikinya dengan memandu kereta sport Lamborghini. Pada permulaan video ini, ramai wanita yang tertarik dan termakan pujuk rayuan lelaki tersebut.

Tetapi sebenarnya dia hanya menaiki basikal bmx sahaja. Kaum wanita yang pada awalnya sangat yakin dia memiliki kereta Lamborghini, berlalu pergi dan beredar meninggalkan lelaki itu selepas mengetahui dia hanya menunggang basikal.

Ada juga gadis yang memarahinya kerana kesal lantaran tertipu dengan lelaki tersebut. Namun, setelah itu, lelaki itu  kembali beraksi dengan memandu mobil mewah Lamborghini tersebut dan berjalan melewati beberapa wanita tadi yang menolak pelawaannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lelaki Berkahwin Dengan Patung Silikon. Ini Perkembangan Mereka Setelah 4 Tahun

Tertekan Hidup Sebagai Manusia, Gadis Ini Mahu Menjadi Seekor Anjing