in

Cute LOL OMG Win WTF

Suku Terpencil Di Amazon Yang Tidak Pernah Melihat Dunia Luar

Seorang jurufoto dari Brazil, Ricardo Stuckert terpaksa mengalihkan laluan penerbangan dengan helikopternya akibat ribut petir. Tetapi peralihan laluan itu telah membawanya kepada satu penemuan mengagumkan melalui foto-fotonya, iaitu sebuah puak yang sangat terasing di pedalaman hutan hujan tropika Amazon.

Foto yang sangat jelas imejnya ini telah diambil di wilayah hutan simpan Acre Brazil berdekatan dengan sempadan Peru.

Wilayah ini sememangnya mengamalkan polisi ketat dalam melindungi hutan hujan dan penduduk orang aslinya.

Foto menunjukkan akan sekumpulan kecil puak yang memakai pakaian yang sedikit terdedah, dengan senjata dan cacah di badan.

Dalam penemuan itu, salah seorang lelaki dari puak itu telah melontarkan sebilah tombak ke arah helikopter.

Pakar menyatakan yang puak ini adalah puak orang asli yang sama di mana mereka mendapat perhatian global pada tahun 2008 apabila foto mereka dengan badan dicat merah menunjukkan mereka bersedia menujukan anak panah ke arah helikopter yang terbang rendah.

Mereka dipercayai akan berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain dalam jangka masa empat tahun atau lebih.

Ricardo Stuckert berkata dalam National Geographic, “Saya berasa seperti seorang pelukis pada abad yang lalu. Memikirkan dalam abad ke 21 ini , masih ada orang yang hidup terasing dengan tamadun yang moden. Mereka masih hidup seperti nenek moyang mereka 20,000 tahun yang lalu, dan ia suatu emosi yang sangat terkesan.”

Dalam abad ke 21 , masih ada manusia yang hidupnya terasing dan mengamalkan cara hidup nenek moyang mereka sejak 20,000 tahun yang lalu.

Puak orang asli ini bertukar lokasi setiap empat tahun sekali atau lebih

Ada antara golongan dalam puak ini yang melontar tombak ke arah helikopter yang terbang rendah tanda mereka tidak mengalukan kedatangan tetamu tidak diundang.

Tinggalkan kami sendirian. Jangan menganggu kehidupan kami.

Pihak berkuasa Brazil menggelar mereka sebagai “Indian terpinggir di pergunungan Humaita.”

Oleh kerana mereka tidak mahu menjalinkan hubungan secara aman dan mesra dengan dunia luar, nama puak yang terasing ini masih tidak diketahui.

Lokasi puak orang asli tersebut ditemui di hutan simpan Acre, Brazil berdekatan dengan sempadan Peru.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

Lelaki Tunai Janji Kahwini Kekasih Zaman Kanak-kanak Setelah 20 Tahun Bercinta

10 Ciptaan Jepun Yang Tidak Masuk Akal Yang Betul-Betul Wujud