in

Wanita Penuh Bertahi Lalat Ini Bakal Bergelar Miss Universe Malaysia

Gadis muda dari Borneo ini pernah dibuli oleh rakan-rakan kerana tubuh dan wajahnya . Tapi pada hari ini, wanita ini mungkin bakal meraih gelaran sebagai Miss Universe kelak.

Evita Delmundo, 20, dilahirkan dengan tahi lalat yang banyak menutupi wajah dan badannya namun bagi Delmundo ia  tidak menjadikan  penghalang untuk dia mengejar impian.

Selain paras rupanya, apa yang membezakannya daripada gadis lain adalah keyakinannya dan sikap sayangkan kulitnya yang tidak pernah membuat beliau kecewa dengan paras rupanya.

Dengan mempunyai penampilan yang unik daripada orang lain, anda boleh bayangkan betapa sukarnya untuk beliau menjalani kehidupan. Gadis campuran Rungus-Filipina ini bersetuju dengan kenyataan itu.

Tetapi walaupun bertahun-tahun dibuli tanpa henti, dengan dipanggil gelaran seperti “raksasa”, Delmundo banyak belajar untuk mencari keunikan dalam kekurangan itu dan enggan menjalani pembedahan untuk membuang tahi lalat itu.

Namun selepas memasuki sekolah menengah dia mula mendapat keyakinan kerana teman-teman disekolah lain mula menerimanya. Delmundo turut mendapat sokongan dan dorongan oleh ibunya yang menjadi guru di sana.

Kini Delmundo telah mengambil langkah berani untuk menyertai sesi ujibakat bagi pencarian Miss Universe Malaysia.

Delmundo merupakan anak kedua dari lima orang adik-beradik dan ibunya berasal dari Filipina manakala bapanya berasal dari Pulau Borneo.

Dia telah menghadiri ujibakat untuk Miss Universe Malaysia pada 17 Jun yang lalu. Delmunda turut bertemu penyandang gelaran Ratu Cantik Malaysia, Samantha Katie James ketika sedang menunggu keputusan juri untuk mengetahui samaada dia bakal maju ke pusingan seterusnya.

Delmundo berkata walaupun dia tidak berjaya dalam persaingan ini, ia tidak akan mematahkan semangatnya dan dia akan terus menyertai pertandingan ratu cantik yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lelaki Terkejut Setelah Membuka Kotak Yang Dijumpainya Terapung Di Sebatang Sungai

8 Manusia Bertuah Memiliki Mata Tercantik di Dunia