in

Putih Seperti Salji, Landak Albino Daripada Jepun Ini Jadi Popular

Landak albino dikenali mempunyai keunikan tersendiri pada warna dan struktur tubuhnya. Berbeza dengan landak jenis yang lain, seluruh tubuh landak albino ini berwarna putih.

Itulah yang membuat Tokiko Kojima, pemilik landak albino dari Jepun, rajin memuat naik gambar-gambar comel landak miliknya secara online.

Pada awalnya, Tokiko hanya mengambil foto dari dua landak miliknya untuk diperlihatkan kepada rakan-rakannya. Namun, ia tidak menyangka kalau foto-foto yang ia ambil tersebut akan membuat landak albino miliknya jadi bintang internet.

Foto-foto comel tersebut menunjukkan kedua-dua landak miliknya yang sedang bermain-main di rumah. Hidung dan matanya yang berwarna merah semakin menambah kelucuan landak albino ini. Selain itu nampaknya suka sekali tersenyum di depan kamera.

Wanita berusia 25 tahun tersebut bahkan sempat menjadi bintang tetamu dari sebuah stesen radio tempatan di Jepun. “Mereka mempunyai personaliti mereka sendiri yang bersinar. Mereka tidak perlu helah apapun untuk menunjukkan betapa gembiranya mereka,” kata Tokiko.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Zoroastrianisme Agama Paling Mengerikan Di Dunia

Kenali Jenis-Jenis Pokok Yang Biasa Dihuni Hantu