in

Cute LOL Love OMG Win WTF

5 Tragedi Pemerkosaan Yang Paling Mengejutkan Di Dalam Sejarah

Sejarah telah menyaksikan bahawa sejak dahulu lagi, peperangan lebih mendatangkan kerugian berbanding keuntungan.

Lebih sadis lagi, selain daripada orang awam yang menjadi mangsa korban nyawa, ramai yang turut menjadi mangsa peperangan terutamanya golongan wanita yang teripaksa menjadi mangsa kerakusan nafsu pihak musuh yang memenangi peperangan itu.

Berikut merupakan 5 tragedi pemerkosaan yang paling mengejutkan di dalam sejarah:

1. Tentera Jepun di Malaya dan Indonesia

Semasa pendudukan tentera Jepun di Malaya dan Indonesia ketika Perang Dunia Kedua, ramai gadis-gadis yang terdiri daripada gadis tempatan telah dipaksa untuk dijadikan sebagai hamba seks bagi menghiburkan anggota-anggota tentera Jepun pada waktu itu.

2. Tentera Australia di Jepun

Setelah mengalami kekalahan pada Perang Dunia Kedua, tentera-tentera Australia yang menyertai Tentera Bersekutu yang berada di Negara Matahari Terbit itu turut dilaporkan telah menculik wanita Jepun untuk dijadikan hamba seks.

3. Tentera Amerika di Jepun

Tidak cukup dengan ancaman daripada anggota tentera Australia, tentera Amerika juga turut dilaporkan melakukan jenayah yang serupa selepas berjaya mengalahkan tentera Jepun pada Perang Dunia Kedua.

4. Tentera Rusia di Jerman

Setelah tentera Nazi berjaya dikalahkan semasa Perang Dunia Kedua, tentera Rusia yang menduduki negara Jerman pada ketika itu telah turut memaksa merogol wanita-wanita Jerman sebagai tanda membalas dendam kepada negara Jerman.

5. Tentera Amerika di Vietnam

Semasa peperanagan di antara pihak tentera Amerika  dengan pihak komunis yang berasal daripada Vietnam Utara pada sekitar tahun 1955 sehingga 1975, ramai wanita daripada negara Vietnam itu telah diculik dan dirogol.

Leave a Reply

20 Trik Hebat iPhone Yang Apple Tidak Pernah Beritahu Pengguna

9 Jenis Pekerjaan Yang Paling Best Di Dunia