in

Tikus Gergasi Ini Adalah Haiwan Yang Paling Peramah Di Dunia

Sekiranya ditanya, apakah haiwan yang paling peramah di dunia, kebanyakkannya akan memberikan kucing sebagai jawapan.

Namun, ramai yang tidak tahu yang sebenarnya anugerah untuk haiwan yang paling mesra dan peramah ini adalah milik seekor tikus gergasi ini.

Tikus gergasi daripada spesis capybara ini didapati terlampau mesra dan peramah sehingga membuatkan haiwan-haiwan lain tidak berasa takut ataupun teragak-agak untuk mendekati dirinya.

Capybara merupakan sejenis haiwan yang suka bersosial dan biasanya hidup bersama kumpulannya yang terdiri daripada 10-20 ekor.

Mamalia yang kelihatan seperti kacukan tikus dan khinzir ini merupakan seekor haiwan akuatik dan suka tinggal di kawasan berhampiran dengan sungai. Selain daripada sifat peramah dan mesra, capybara juga merupakan seekor haiwan yang pandai berenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Buah Pulau Yang Paling Berbahaya Di Dunia

Minimalist. Beginilah Keadaan Sel Banduan Di Sebuah Penjara Di Jerman