in

Cute LOL Love OMG Win WTF

Legenda Melayu Cik Siti Jalang, 99 Orang Suami Meninggal Selepas Malam Pertama

Cerita yang dikatakan berlaku abad ke 17, kira-kira 200 tahun selepas kejadian Sultan Mahmud Mangkat Dijulang dikatakan berlaku di Kampung Tembioh di Kota Tinggi. Sebagai tanda jika kita ke kampung ini terdapat makam yang dikatakan Makam Siti Aminah atau juga dikenali sebagai Siti Jalang. Tentunya kita tertanya-tanya mengapa allahyarham dipanggil sedemikian?

Mengikut ceritanya Siti Aminah ini berasal dari Kelantan dan sejak kecil telah menjadi anak angkat sebuah keluarga bangsawan Bugis di Kota Tinggi.

Cik Siti Aminah ini dikatakan terlalu cantik paras rupanya menjadi sebutan di daerah ini dan kerana itu beliau menjadi rebutan ramai. Kerana risaukan keselamatan anak gadis ini, keluarga Bugis ini telah mewariskan satu ilmu pendinding kepadanya sebagai tujuan menjaga kesucian gadis ini dari di aniaya lelaki-lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Sehinggalah Cik Siti Aminah meningkat dewasa, beliau telah dipinang oleh seorang lelaki yang juga dari golongan orang berada. Majlis perkahwinan berlangsung penuh meriah sehinggalah pada malam pertama pasangan pengantin tersebut menjadi porak peranda apabila Cik Siti Aminah telah diceraikan.

Ini kerana pengantin lelaki sewaktu pada saat beliau bersedia untuk menikmati malam pertamanya, beliau gagal menemui pertanda yang Cik Siti Aminah adalah seorang perempuan.

Namun itu tidak mencacatkan keinginan lelaki-lelaki lain untuk memiliki Cik Siti Aminah dan ini membawa perkahwinan keduanya.

Namun bala masih mengundang, perkara yang sama berlaku pada malam perkahwinannya apabila dia diceraikan pada keesokan hari perkahwinannya. Ini berlarutan untuk berberapa tahun selepasnya,sehingga dikatakan Cik Siti Aminah mempunyai 99 orang suami.

Sehinggalah suaminya yang ke 100, dikatakan seorang yang warak dan punya pegangan agama yang kukuh serta mempunya ilmu kebatinan yang tinggi dapat membuka ilmu kunci nafsu yang diwarisi Cik Siti Aminah dari keluarga angkatnya, dan dengan suaminya yang terakhir inilah perkahwinannya kekal ke akhir hayat.

Namun Cik Siti Aminah pada saat ini telah pun berumur maka mereka tidak mempunyai sebarang waris dan disaat akhir hayatnya Cik Siti Aminah mewasiatkan apabila beliau meninggal dunia agar jenazahnya dikebumikan jauh dari kawasan perkuburan penduduk kampung yang lain kerana akibat dari perkahwinannya yang mencatatkan jumlah sebanyak seratus kali itu penduduk Kota tinggi menggelarkannya dengan panggilan Siti Jalang.

Namun terdapat satu lagi versi mengenai lagenda ini mengatakan Cik Siti Aminah ini apabila ada lelaki yang masuk meminangnya, beliau mengenakan hantaran sebuah keranda dan sekayu kain putih untuk persediaan pengkebumian suaminya pada keesokan harinya kerana dikatakan Cik Siti Aminah memelihara kala jengking di anggota sulitnya maka sesiapa saja lelaki yang kahwin dengan cik siti akan mati.

Sejauh mana kebenaran cerita ini hanyalah tinggal lagenda yang terkenal hingga ke hari ini sehingga diangkat menjadi telefilem yang sangat menarik. Demikianlah diceritakan orang.

Makam Cik Siti terletak di hujung kampung di bawah jambatan Kota Tinggi dan bersebelahan dengan Kampung Kelantan dimana Laksmana Bentan disemadikan bersama dengan Dang Anum dan anaknya yang popular dengan kisah belah perut yang disebabkan sebutir nangka Sultan Mahmud yang telah dimakan oleh isteri Megat Seri Rama (Laksmana Bentan), akibat kemurkaan Sultan, perut Dang Anum telah dibelah hidup2 dan juga menyebabkan seorang Laksmana yang patuh kepada Sultan telah bertukar menjadi murka membunuh baginda.

Akibat yang demikian, keturunan Bentan telah disumpah muntah darah daripada Jambatan Kota Tinggi sehingga ke kampung Kelantan sehingga 7 keturunan, dan kisah ini di ingat zaman berzaman.

Kisah ini pernah difilemkan dengan tajuk Sanggul Beracun. Pelakon dan pengarah terkenal tanahair kita Sabri Yunus pernah memenangi gelaran Pengarah Terbaik untuk drama arahan sulungnya yang juga memenangi Drama Terbaik untuk drama Sanggul Beracun berberapa tahun lepas. Pernah anda menontonnya?

Telefilem yang dibintangi oleh pelakon Erra Fazira dan Namron itu tahukah anda sebenarnya diangkat dari sebuah lagenda yang cukup terkenal di Johor terutamanya di Kota Tinggi, dikenali sebagai Siti Aminah Tanah Mahsyur atau pun Lagenda Siti Jalang

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

10 Jambatan Paling Mengerikan Di Dunia, Malaysia Tersenarai

Gambar Rumah Nabi Muhammad SAW Yang Mungkin Kita Tidak Pernah Lihat