in

Cute LOL Love OMG Win WTF

25 Gambar Mengerikan Azab Penderitaan Seorang Penghidap AIDS

AIDS adalah singkatan daripada Acquired Immune Deficiency Syndrome,  merupakan gejala sekumpulan penyakit yang menyerang sistem pertahanan badan manusia setelah seseorang itu dijangkiti HIV.

Acquired : Tidak diwarisi
Immune : Sistem pertahanan badan manusia
Deficiency : Menjadi lemah
Syndrome : Kumpulan penyakit

Apa beza HIV dan AIDS?

HIV merupakan virus yang menyerang sistem pertahanan badan manusia dan AIDS merupakan kumpulan penyakit hasil daripada jangkitan HIV.

Dengan rawatan, people living with HIV (PLHIV) tidak semestinya mengidap AIDS. AIDS cuma sebagai satu indicator terhadap situasi kesihatan individu yang lemah imuniti tubuh dan terdedah kepada jangkitan.

Penyakit yang mengakibatkan penurunan daya tahan tubuh ini lebih banyak di sebabkan oleh hubungan seks bebas.

Penggunaan jarum suntikan yang tercemar oleh virus HIV juga menjadi penyebab berikutnya. Semuanya berpunca dari penyelewengan seseorang dari landasan hidup yang benar.

Jelas daripada gambar-gambar yang dipaparkan ini menceritakan kepada kita tentang bagaimana penderitaan para penyandang penyakit AIDS yang sehingga kini belum juga di dapati ubatnya.

Mereka kelihatan putus asa, marah dan tidak tahu harus berbuat apa untuk lari dari penyakit yang menggerogotinya. Hanya raut penyesalan yang tampak di wajah mereka.

Siapapun berpotensi untuk dijangkiti penyakit ini lebih-lebih mereka yang suka melakukan seks bebas dan penggunaan ubat terlarang dengan jarum suntik.

Sebelum semuanya terjadi, mulalah berfikir seribu kali jika terselit di dalam hati untuk melakukan hubungan seks bukan dengan pasangan yang sah atau menggunakan dadah.

Ingat mencegah adalah sebuah hal yang lebih mudah untuk kita lakukan, sedangkan menyembuhkan adalah perkara yang lebih sukar untuk dapat dilakukan, kegagalan daripada usaha pemulihan adalah kematian.

What do you think?

0 points

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Leave a Reply

10 Kawasan Terlarang Yang Disembunyikan Di Dalam Google Maps

Kecantikan Dua Orang ‘Human Dolls – Barbie’ Dari Russia Yang Memukau