in

Cute LOL Love OMG Win WTF

17 Gambar Lama Yang Pernah Mengejutkan Kita Suatu Ketika Dahulu

Berpeluang untuk melihat gambar-gambar lama memang menyeronokkan, apatah lagi sekiranya gambar-gambar tersebut mempunyai sejarah dan kisah mereka yang tersendiri.

Di sini, TTV memaparkan gambar-gambar lama yang pernah mengejutkan kita pada suatu ketika dahulu.

1. Manusia pertama yang dirakam menerusi lensa kamera, 1838

Sekali imbas, kami percaya pastinya ramai yang tidak perasan tentang manusia bertuah yang menjadi individu pertama yang berjaya dirakam oleh lensa kamera yang muncul di dalam gambar di atas.

Gambar yang diambil oleh Louis Daguerre menerusi tingkap rumahnya ini telah merakamkan gambar seorang tukang pengilap kasut bersama dengan pelangan beliau.

2. Tattoo puak Red Indian pada wanita Eropah

Setelah kedua-dua ibubapanya dibunuh pada tahun 1859 ketika Olive Oatman baru berusia 14 tahun, beliau kemudiannya telah diculik dan dijual sebagai hamba abdi.

Setelah lima tahun tinggal bersama-sama dengan puak Red Indian yang menculiknya, Olive akhirnya telah berjaya kembali kepada keluarganya.

3. Gambar aksi tidak sopan yang pertama dirakam lensa kamera, 1886

Lelaki yang berada pada barisan belakang di sebelah kiri ini telah berjaya mencatatkan rekod bersejarah apabila berjaya menjadikan gambar beliau bersama-sama dengan pasukan bola lisutnya gambar aksi tidak sopan yang pertama dirakam lensa kamera.

4. Wajah sekumpulan pelajar setelah perlawanan bola salji, 1893

Sekali pandang, gambar pelajar-pelajar yang mengalami kecederaan pada wajah mereka kelihatan saling tidak tumpah seperti sekumpulan anggota tentera yang baru pulang daripada peperangan.

5. Pereka topeng membantu seorang lelaki menyembunyikan kecacatan pada wajahnya, 1917

Sebelum wujudnya teknologi pembedahan plastik, individu yang memiliki kecacatan pada wajah mereka memilih untuk memakai topeng bagi menyembunyikan kecacatan tersebut daripada pandangan orang ramai.

6. Lelaki paling tinggi di dalam sejarah perubatan, 1930an

Robert Pershing Wadlow yang memiliki ketinggian 272 cm dan berat sebanyak 191 kg ini telah mencatatkan rekod sebagai lelaki yang paling tinggi di dalam sejarah manusia moden.

Walau bagaimanapun, hayat Robert tidak panjang dan beliau telah meninggal dunia pada usia yang muda ketika baru berusia 22 tahun.

7. Pekerja Jerman yang enggan memberikan hormat cara Nazi pada tahun 1936

August Landmesser, seorang pekerja Jerman yang kecewa dengan polisi Parti Nazi yang tidak membenarkan beliau berkahwin dengan gadis pilihan hatinya, Irma Eckler.

Apabila Irma Eckler yang berketuruan Yahudi itu telah dihantar ke kem tahanan seperti orang-orang Yahudi yang lainnya pada waktu itu.

8. Minuman bir di dalam tangki pesawat pejuang, 1944

Kedengaran seperti tidak masuk akal bukan? Namun itulah perkara sebenar yang berlaku. Sewaktu Perang Dunia Kedua, pihak British telah menggunakan kaedah ini bagi menghantar bekalan bir segar kepada tentera-tentera mereka yang berada di Normandy.

9. Ratu Elizabeth ketika berkhidmatan di dalam pasukan tentera, 1945

Semasa Perang Dunia Kedua, Ratu Elizabeth yang pada waktu itu masih belum bergelar seorang Ratu telah khidmat di dalam pasukan Women’s Auxiliary Territorial Service sebagai seorang mekanik.

Di dalam gambar di atas, Ratu Elizabeth dilihat sedang memegang sebuah jam yang merupakan sebuah hadiah yang diberikan oleh rakan setugas.

10. Kepulangan tentera Amerika pada tahun 1945

Setelah tamatnya operasi ketenteraan di Eropah, kapal pengangkut telah membawa pulang anggota-anggota tentera Amerika ke New York.

11. Sophia Loren dan Jayne Mansfield, 1957

Mungkin ini merupakan gambar aksi cemburu yang pertama berjaya dirakamkan oleh lensa kamera.

12. Wanita dengan ukuran pinggang yang paling ramping di dunia, 1959

Wanita British yang dikenali sebagai Ethel Granger ini telah mengambil langkah yang ekstrem bagi mahu kelihatan cantik di mata suaminya, William.

Selain  memakai korset setiap hari dan tidak menanggalkannya pada waktu malam, Ethel turut memakai kasut bertumit tinggi dan menindik hidungnya bagi kelihatan cantik.

13. Gambar keluarga pada permukaan bulan, 1972

Charles Duke yang merupakan seorang angkasawan yang terlibat dengan misi Apollo 16 telah mengambil keputusan untuk meninggalkan gambar keluarga beliau di atas permukaan bulan untuk tujuan kenang-kenangan.

14. Kumpulan pop Iran pada tahun 1979 sebelum tercetusnya Revolusi Islam

Sebelum tercetusnya Revolusi Islam pada tahun 1979, kebanyakkan orang di Iran kelihatan sama seperti orang di Eropah di mana mereka memakai pakaian moden setiap hari dan turut memakai bikini ketika berada di pantai.

15.  Leonardo DiCaprio akhirnya memenangi anugerah Oscar beliau pada tahun 2016

Meskipun gambar ini baru saja dirakamkan akan tetapi gambar ini bakal mencatatkan sejarahnya yang tersendiri apabila pelakon terkenal Leonardo DiCaprio secara tidak sengaja telah membuat aksi lucah setelah memenangi anugerah Oscarnya yang pertama pada tahun 2016.

16. Kurt Kobain yang sedang bermain ‘gitar’ di belakang pentas

Gambar yang dirakam pada 2 September 1993 ketika Anugerah Muzik MTV ini memaparkan mendiang Kurt Kobain sedang bermain ‘gitar’ mengiringi persembahan Lenny Kravitz yang sedang menyanyikan lagu Are You Gonna Go My Way.

Leave a Reply

Ibarat Halimunan. Teknik Penyamaran Sniper Tentera Yang Hebat

Gaya Hidup Masyarakat Iran Yang Bergaya Barat Sebelum Revolusi Islam 1979