in

LOL Love OMG WTF

Hantu Kum-Kum Yang Pernah Menggemparkan Negeri Johor Dulu

Hantu, siapa yang tidak gerun akan kewujudannya yang dikatakan mempunyai paras rupa yang hodoh, bau yang busuk dan pelbagai lagi gambaran ngeri mengenai hantu ini. Begitu juga dengan hantu yang digelar sebagai hantu kum-kum. Pada satu ketika dahulu, hantu ini merupakan salah satu hantu yang paling digeruni, terutama bagi masyarakat Melayu. Hantu ini juga dikatakan pernah mengamuk dan menghantui kawasan perkampungan di negeri-negeri tertentu terutama di Johor.

Asal usul hantu kum-kum ini dikatakan merupakan seorang wanita yang terlalu taksub akan kejelitaan sehingga sanggup melangar hukum Allah dengan bertindak menyekutukan-Nya, apabila wanita tersebut bertekad untuk menanam susuk ke dalam bahagian tertentu badannya. Sudah menjadi lumrah dan tugas blis, yang bejanji untuk menyesatkan, iblis telah menetapkan pantang larang yang sudah pasti kita sebagai manusia akan tergoda dengan pantang larang tersebut.

Antara pantang larang tersebut adalah seperti tidak boleh melihat cermin dalam satu tempoh masa tertentu. Sebagai manusia biasa sudah pasti kita akan berasa teruja lebih-lebih lagi apabila apa yang kita idam-idamkan sudah berada di dalam gengaman. Atas rasa keterujaan inilah yang mendorong kita untuk melangar pantang larang tersebut, akibatnya, muka yang diharapkan berubah menjadi semakin cantik sebaliknya menjadi bertambah buruk.

Di sinilah bermulanya detik-detik hitam bagi wanita tersebut, wanita itu bertukar menjadi wanita yang teramat hodoh, dikatakan mukanya penuh dengan nanah dan berdarah, bau yang hanyir menjadi sebati dengan diri wanita tersebut. Bagi mengembalikan kejelitaannya, terdapat satu syarat yang perlu beliau penuhi iatu beliau harus menghisap darah gadis sunti. Maka terjadilah aktiviti mencari mangsa.

Kum-kum sebenarnya hanyalah merupakan sebuah singkatan bagi salam yang diberikan oleh orang Islam ketika melangkah masuk ke dalam rumah. Wanita ini dikatakan hanya mampu mengucapkan salam cukup sekadar kum-kum yang berulang sebanyak tiga kali. Gangguan ini pernah dialami oleh beberapa kampung di sekitar negeri Johor pada satu ketika dahulu dan telah memberi impak kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Dikatakan apabila malam menjelang tiba, terdapat lembaga yang menyerupai susuk tubuh wanita dengan pemakaian yang tertutup daripada kepala hingga ke kaki akan berlegar-legar di sekitar rumah-rumah yang mempunyai anak gadis. Lembaga ini akan bertindak mengetuk pintu rumah disertai dengan ungkapan kum-kum sebanyak tiga kali, dan sekiranya pintu dibuka pada ketukan kedua atau ketiga, individu yang membuka pintu akan diserang dan lembaga tersebut akan mencari mangsanya di dalam rumah tersebut.

Namun begitu, ada juga yang mengatakan bahawa hantu kum-kum merupakan jelmaan iblis yang hanya bertindak untuk menyesatkan manusia semata-mata. Mereka tidak mempunyai kemampuan untuk membunuh seperti mana yang telah digembar-gemburkan. Sebagai umat islam, kita seharusnya lebih mempercayai kekuasaan Ilahi dan bukannya percaya akan janji-janji palsu syaitan iblis laknatullah.

Leave a Reply

Misteri Penunggu Asrama Di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim

Rahsia Disebalik 10 Persembahan Silap Mata Yang Terkenal Ini Didedahkan