in

LOL Love WTF

14 Cara Kos Rendah Untuk ‘Tranform’ Kediaman Anda Supaya Nampak Mewah

Projek untuk men-deko kediaman sememangnya menjadi idaman setiap orang yang sudah mendirikan rumah tangga. Akan tetapi, pelbagai komitmen bulanan dan keperluan yang lain yang perlu didahulukan terpaksa menjadikan idaman ini kekal menjadi impian.

Tetapi, percayakah anda bahawa terdapat cara lain yang jauh lebih murah bagi men-deko kediaman anda?

1. Meja glow in the dark

Meja perlu berbelanja besar sekiranya anda boleh mengubah meja yang sedia ada sekarang menjadi sesuatu yang baru seperti meja glow in the dark yang sangat cool ini? Baca sini kalau nak tahu macam mana nak buat.

2. Kepala katil bertahta berlian

Bagi mereka yang memiliki katil jenis divan, anda kini boleh mengubah bentuk katil anda yang membosankan itu menjadi sesuatu yang menarik dengan menambah sedikit sentuhan pada bahagian kepala katil anda.

3. Para dinding heksagon

Bosan dengan para dinding mendatar anda yang dibeli daripada IKEA pada dua tahun lepas? Lekaslah transform ia menjadi sesuatu yang baru.

4. Katil DIY

Bosan dengan bentuk katil anda yang stereotaip itu? Apa kata anda buat sedikit pengubahsuaian pada badan katil anda. Tak susah pun. Baca sini untuk info lanjut.

5. Meja mekap ke kabinet TV

Sekiranya anda mempunyai meja mekap lama yang tidak diinginkan lagi, anda disyorkan supaya segara menjalankan operasi ini bagi memberikan nafas baru kepada meja kesayangan anda itu.

6. Penyangkut baju

Anda ada bingkai gambar yang tidak mahu digunakan lagi? Jangan buangnya. Sebaliknya anda mungkin boleh membuatkan bilik air anda kelihatan lebih cool dengan membuat penyangkut baju berbingkai edisi DIY ini.

7. Menghias peti ais

Bosan dengan warna peti ais yang stereotaip itu? Apa kata sekiranya anda menambah sedikit sentuhan seni pada badan peti ais anda itu.

8. Bantal yang mengancam

Corak dan warna bantal sofa di ruang tamu yang betul dapat membantu menaikkan seri dan suasana di rumah anda.

9. Pasu daripada balang makanan

Jangan dibuang bekas-bekas jem milik anda itu. Sebaliknya, ubahlah ia menjadi hiasan dalaman seperti pasu hiasan ini.

10. Lampu hiasan

Jangan dibuang lampu-lampu lama yang masih elok di rumah anda. Sebaliknya, ubahlah ia menjadi sesuatu yang baru seperti di dalam gambar di atas.

11. Menaikkan seri dinding rumah

Bosan dengan suasana yang kelam di rumah anda? Cuba hiaskan dinding dengan sesuatu hiasan yang menarik perhatian seperti di dalam gambar di atas. Menarik kan?

12. Membuat partition di bilik

Sekiranya anda berhasrat untuk memisahkan bilik anda supaya mendapat lebih privasi, apa kata sekiranya anda memasang tirai bercorak seperti di atas. Nampak cool beb!

13. Kerusi diva

Siapa yang dapat menyangka bahawa kerusi yang berlagak diva ini sebenarnya pernah menjadi sebuah kerusi yang biasa-biasa saja. Nak tahu caranya? Baca di sini

14. Dinding berwarna-warni

Warna dinding yang satu warna memang membosankan, jadi sekiranya anda mahu dinding anda kelihatan lain daripada yang lain, pelekat dinding merupakan alternatif yang terbaik.

Leave a Reply

10 Tanda Kalau Anda Tergolong Dalam Orang Ber-IQ Tinggi

Harga Senjata Api Jauh Lebih Murah Berbanding Telefon Pintar Di Kampung Kecil Ini