in

Niat Mahu Nampak Cantik, Kanak-kanak Perempuan Ini Azab Setelah Kulitnya Melecur Akibat Henna

Cerita kulit tangan melecur akibat memakai henna yang salah bukanlah suatu perkara yang baru. Malah, beberapa insiden yang serupa pernah dilaporkan terjadi sebelum ini.

Namun, berbeza dengan insiden-insiden yang berlaku sebelum ini, insiden yang berlaku baru-baru ini melibatkan seorang kanak-kanak perempuan.

Madison Gulliver yang merupakan seorang warganegara Britain telah memakai henna yang dibelinya sewaktu melancong ke Mesir baru-baru ini. Namun, setelah meletakkan henna tersebut pada tangannya, Madison mula merasakan sesuatu yang tidak kena pada permukaan kulit tangannya itu.

Pada mulanya, kulit tangannya hanya berasa gatal-gatal biasa sebelum ianya mulai melepuh seperti disimbah dengan air panas dari pergelangan tangan sehinggalah ke paras siku.

Setelah beberapa kali percubaan ibu bapa Madison cuba untuk melegakan kesakitannya dengan cara membasuh tangan itu tetapi masih gagal, mereka terpaksa berkejar ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Pihak hospital telah mengeluarkan bisa dan cecair di bawah kulit Madison yang menggelembung itu. Proses itu sangat menyakitkan tetapi perlu bagi mereka merawat kulit yang sudah melecur dari dalam itu.

Madison kini sedang dirawat di unit khas dan terpaksa memakai balutan di tangan selama enam bulan bagi mengurangkan bekas luka di tangannya.

Henna berwarna hitam mempunyai kandungan paraphenylenediamine (PPD) yang tinggi dan merupakan kimia bertoksik. Walaupun kimia ini banyak digunakan dalam pewarna rambut atau krim penghadang matahari namun ianya digunakan dalam jumlah kecil sahaja. Isu ini kini menjadi isu kesihatan awam kerana penggunaan kimia ini sangat sensitif dalam kalangan kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Setelah 7 Tahun Berkhidmat, Kucing Ini Akhirnya Bersara Sebagai Penyambut Tetamu Di Sebuah Hotel Di New York

Cantiknya Bila Hyoyeon Girls Generation Cuba Pakai Baju Kebaya